Loading...
Kerja-kerja merobohkan tokong itu dilakukan pukul 9 pagi oleh Pejabat Tanah dan Daerah Klang dengan bantuan Majlis Perbandaran Klang. |
SHAH ALAM - Sebuah tokong Cina kecil yang menjadi kontorversi kerana menyerupai masjid di Jalan Makyong 5E/KU5, Bandar Bukit Raja di sini telah dirobohkan pagi tadi.
Kerja-kerja merobohkan tokong itu dilakukan pukul 9 pagi oleh Pejabat Tanah dan Daerah Klang dengan bantuan Majlis Perbandaran Klang (MPK).
Pengarah Komunikasi Korporat, Norfiza Mahfiz berkata, tokong itu telah dibina secara haram di tanah kerajaan tanpa mendapat kebenaran daripada MPK dan Pejabat Tanah dan Daerah Klang.
"Pemilik tokong itu telah diberikan notis pada 24 Januari lalu yang telah tamat tempohnya kelmarin dengan pemilik berjanji akan merobohkan sendiri selepas Tahun Baru Cina.
"Bagaimanapun, didapati binaan berkenaan masih ada dan tindakan perobohan adalah mengikut Akta Parit dan Bangunan," katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi. - K! ONLINE
Loading...
0 Response to "Tokong kecil menyerupai masjid dirobohkan Hari ini"
Posting Komentar