Loading...

Umno akan terus memerintah dengan restu Hj Hadi

Loading...

 Rancangan Presiden Pas, Hj Hadi untuk mengadakan Himpunan 355 secara besar-besaran yang pernah dinyatakannya pada 24 November lalu, telah di sahkan oleh Timbalannya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, akan diadakan pada 18 Februari 2017 di Dataran Merdeka.

 Wow! Himpunan raksasa yang Hj Hadi janji akan adakan ini mendapat layanan istimewa! Inilah untungnya bila dah berbaik-baik dengan Umno. Senang-senang sahaja boleh dapat gunakan Dataran Merdeka...Muktamar Pas akan datang mungkainakan dapat diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putera...

 Sama-samalah kita lihat keperkasaan Pas, yang menjangka dapat menghimpunkan 300,000 peserta....

 "Tujuan perhimpunan ini diadakan adalah untuk meningkatkan kesedaran ke arah mendapatkan sokongan bagi membentangkan RUU ini," kata Tuan Ibrahim dalam satu sidang akhbar di Menara MBSA Shah Alam, Sabtu.

 "Objektif kami adalah untuk memberi penjelasan mengenai keperluan pindaan akta dan mengapa ia mesti disokong, terutamanya oleh ahli-ahli Parlimen," katanya.

  Inilah pelawaknya Tuan Ibrahim! Kalau benar Pas jujur dan ikhalas mahu memberi penjelasan mengenai pindaan akta tersebut, kenapa tidak dibuat melalui forum atau wacana melalui slot talk show melalui rangkaian radio atau TV yang sedia ada? Jemput sekali ahli-ahli parlimen terutamanya dari Amanah dan DAP sekali sebagai panel.

  Sudah dua kali Hj Hadi tangguh membentangkannya apabila diberi peluang. Hj Hadi masih mahu berdolak dalih untuk mengelak supaya RUU persendirian itu dibahas dan diundi ahli Parlimen semata-mata kerana begitulah kehendak tuan dedaknya, Umno.

 Hj Hadi walaupun baru sahaja lepas melakukan skan otak, dia masih umpama manusia robot, yang dikawal segala pergerakannya melalui remote control...

  Apabila Tan Sri Speaker menjemput Hj Hadi membaca pindaan kepada usul, Hj Hadi sekadar membaca usul tanpa menghuraikannya untuk dibahas ....

 Hj Hadi hanya mampu berjanji pada petang Nov 24, 2016, akan membentangkan pindaan terhadap RUU 355 yang akan diterangkan secara terperinci pada sidang Dewan Rakyat akan datang, yang dijadualkan berlangsung pada Mac 2017.

 Tetapi nampaknya hanya setakad itulah sahaja peranan Hj Hadi sebagai alat kepada Umno. Remote kontrol ada pada Umno...

 Jamil Khir Baharom buat kenyataan di sini bahawa kerajaan akan membawa sendiri Rang Undang-Undang Persendirian Akta Mahkamah Syariah (bidang kuasa jenayah) pindaan 2016 (RUU355) - Langkah yang sama yang pernah diputuskan sebulat suara oleh Jawatankuasa bersama antara kerajaan negeri dan Pusat bahawa usul berkenaan hendaklah dibawa oleh menteri.

 Oleh itu, Hj Hadi bolehlah berehat....tak payahlah nak buat himpunan raksasa...Tak payahlah nak jemput DAP dan Parti Amanah Negara ke perhimpunan raksasa untuk mendengar taklimat Hj Hadi mengenai RUU 355 pindaan itu... sebab Umno dah ambil alih tanggungjawab untuk membawa RUU ini.Kah! Kah! Kah!

 Nyata sekali bahawa perhimpunan raksasa Pas yang akan diadakan ini nanti hanya untuk mengaut political mileage semata-mata sebagai modal advantage untuk dikongsi bersama antara Umno dan Pas! Maka Umno akan terus memerintah dengan restu Hj Hadi 
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Umno akan terus memerintah dengan restu Hj Hadi"

Posting Komentar