Loading...

Ustazah maut, kereta dipandu terbabas masuk parit

Loading...
JERTIH - Seorang guru agama wanita lemas selepas kereta Perodua Myvi dipandunya terbabas sebelum termasuk ke dalam parit dalam kejadian di Jalan Paya Rawa, Kampung Raja dekat sini kiri-kira jam 1.30 petang tadi.

Mangsa, Masni Ngah @ Mohd Jaiz, 44, yang bertugas di Kolej Vokasional Besut dipercayai terperangkap di dalam keretanya.
Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kemalangan maut membabitkan sebuah kereta di lokasi kejadian kira-kira jam 2.20 petang.

"Mangsa yang memandu seorang diri disahkan meninggal dunia ketika pasukan penyelamat tiba di lokasi kejadian sebelum mayatnya di bawa ke Unit Forensik Hospital Besut untuk bedah siasat.

"Kejadian berlaku apabila mangsa dipercayai melalui jalan untuk pulang ke rumahnya dan terbabas masuk ke dalam parit sebelum lemas," katanya.

Suami mangsa yang merupakan seorang guru Sekolah Kebangsaan Beting Lintang, Ahmad Ruzaizi Mahmud bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima makluman kejadian menimpa isterinya.

jobs from my.neuvoo.com

Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Ustazah maut, kereta dipandu terbabas masuk parit"

Posting Komentar