Loading...

[Video] KEBERANIAN Orang Asli berubah cetus kegusaran BN...Penyokong 'tegar BN' ini dihukum dengan jalan yang teruk?

Loading...
Ahad, 15 Januari 2017


Image result for Gambar orang asli di himpunan bersih

Image result for Gambar orang asli di himpunan bersih

Keberanian Orang Asli berubah cetus kegusaran BN


CAMERON HIGHLANDS, 14 JAN: Orang Asli mampu bangkit memperjuangkan hak mereka, dan ia pernah dibuktikan dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang lalu.
Pos Titom, salah sebuah kawasan penempatan Orang Asli dalam Parlimen Cameron Highlands, menyumbang 64.4 peratus undi bagi calon DAP, M. Manogaran, mengatasi undi yang diperolehi Barisan Nasional iaitu hanya sebanyak 18 peratus. Manakala selebih undi, diperolehi calon bebas.
Meskipun Manogaram kalah tipis kepada calon BN, Datuk Seri G. Palanivel secara keseluruhan di kawasan Parlimen itu dengan majoriti 462 undi, kebangkitan Orang Asli yang sering dilabel sebagai ‘deposit tetap’ BN seperti di Pos Titom adalah menarik untuk disingkap.
“Kami mahu ajar kerajaan,” demikian ujar seorang pemimpin dari salah sebuah kampung di Pos Titom ketika ditanya mengenai sokongan luar biasa mereka terhadap parti pembangkang dalam PRU yang lalu.
Beliau yang tidak mahu dikenali berkata, hasil daripada “tidak mahu peduli dengan tekanan pihak pemerintah itu”, pihak kerajaan Pahang bertindak pantas dengan mengambil semula hati penduduk di sini dengan membina jalan raya baru serba lengkap.
“Ada juga JKOA (Jabatan Kemajuan Orang Asli) datang masuk ke kampung dan tegur kami disebabkan undi itu,” ujarnya.
Namun, katanya, semua itu dilakukan demi kepentingan Orang Asli yang menurutnya sering ditindas dan dipermainkan dalam tuntutan untuk membina jalan raya di sepanjang kawasan tersebut.
Penyokong tegar pula dihukum dengan jalan yang teruk?
‘Bagai langit dan bumi’, itu yang mampu digambarkan apabila dibuat perbandingan antara jalan raya di sepanjang Pos Titom dan Pos Lenjang di sini.
Pos Lenjang dimenangi BN dengan hampir 80 peratus undi, berbanding kurang 20 peratus undi yang diperolehi DAP pada PRU-13.
Namun, ternyata undi yang memihak kepada parti pemerintah tidak menjamin pembangunan yang baik terutamanya buat Orang Asli di sini.
Ia sekaligus membuktikan, komuniti itu mampu menjadi pencetus perubahan jika ada keberanian untuk menongkah arus melawan penindasan BN terhadap kaum itu sejak sekian lama.
Roketkini sebelum ini melaporkan keadaan jalan di sepanjang Pos Lenjang yang teruk meskipun kerajaan mengumumkan peruntukan puluhan juta ringgit bagi membina dan menaik taraf jalan raya tersebut. – Roketkini.com
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "[Video] KEBERANIAN Orang Asli berubah cetus kegusaran BN...Penyokong 'tegar BN' ini dihukum dengan jalan yang teruk?"

Posting Komentar