Loading...

Zahid Hamidi Cuba Malukan Najib?

Loading...
Zahid Hamidi Cuba Malukan Najib? Alamak...kenapa Zahid Hamidi meluahkan perkara memalukan seperti ini?  Apakah tujuan dan maksud tersirat di sebalik pendedahan beliau itu?

Semalam, Timbalan Perdana Menteri itu secara terbuka mengakui jumlah "cybertrooper"  yang mempertahan dan menyokong dasar kerajaan hanyalah 6.6 peratus berbanding yang menentang berjumlah 93.6 peratus.

Katanya, dapatan berdasarkan kajian yang menunjukkan perbezaan yang jauh ketinggalan itu sejaligus menyebabkan persepsi negatif berterusan terhadap UMNO, kerajaan dan para pemimpinnya.

Bagaimana boleh hanya tinggal 6.6 peratus saja lagi "cybertrooper" yang ada untuk mempertahankan kerajaan pimpinan Najib Razak sedangkan "dedak"  tanpa had bersama mereka?

Adakah "dedak", walau sebanyak mana ditabur sekali pun, sudah tidak mampu membuatkan "cybertrooper" itu kembali bersemangat untuk terus mempertahankan UMNO, kerajaan dan Najib?

Zahid Hamidi Cuba Malukan Najib? Kurrr...kurrr...kurrrr....apakah "dedak" perlu ditambah lagi?

Apa yang jelas, pengakuan Zahid itu secara langsung dan tidak langsung menunjukkan kerajaan pimpinan Najib dalam keadaan amat lemah, tidak bermaya dan hampir lumpuh sekarang ini.

Dengan perbezaan amat ketara 6.6 peratus berbanding 93.4 peratus, Najib sekarang ini umpama pasukan perang yang sudah tiada lagi bala tentera untuk berjuang.

6.6 peratus yang tinggal itu pula bukanlah bala tentera yang sedia berjuang dan berperang, tetapi hanyalah kaki ampu, kaki bodek dan kaki kipas semata-mata.

"Cybertrooper"  UMNO dan kerajaan kebelakangan ini jika diperhatikan, ramai yang tiba-tiba senyap, hilang atau mendiamkan diri seolah-olah kecewa dengan tindakan Najib yang didapati terus menerus melakukan perkara-perkara tidak wajar yang menyusahkan rakyat.

Zahid Hamidi Cuba Malukan Najib?


Daripada bermewah, membazir, berjoli, "ber1MDB", "berJho Low" dan kini bergadai pula dengan China, hakikatnya "cybertrooper" UMNO dan kerajaan jadi lemah semangat dan tidak mampu lagi berbuat apa-apa kerana semua yang berlaku itu akhirnya jelas tidak memihak kepada rakyat.

Lama kelamaan, mereka jadi lesu, tiada upaya lagi menyusun ayat  dan hanya mampu menulis seminggu sekali saja. Sebab itulah kita dapat lihat sejak akhir-akhir ini, Najib sendiri yang terkial-kial mempertahankan dirinya sendiri tanpa bantuan daripada jentera maya.

Berbeza dengan "cybertrooper" menentang kerajaan, perjuangan mereka adalah jelas kerana kebenaran dan untuk menyelamatkan negara, meskipun rata-rata adalah sukarela dan tidak menerima "dedak" walau sebutir sekali pun.

Secara tersiratnya juga melalui apa yang didedahkan Zahid itu, beliau cuba memberitahu bahawa lumpuhnya "cybertrooper" itu adalah disebabkan kepimpinan Najib yang terus-menerus ditolak oleh rakyat.

Penurunan dengan hanya tinggal 6.6 peratus itu  tidak lain berpunca daripada Najib dan tidak mungkin juga ia mampu ditingkatkan selagi "ibu masalah" kepada UMNO dan kerajaan itu iaitu Najib sendiri,  tidak diketepikan dengan segera.


Zahid Hamidi Cuba Malukan Najib?


Masihkah kita ingat apabila dua hari lalu Zahid ada mendedahkan bahawa sudah wujud gerakan mahu menumbangkannya di Bagan Datuk?

Siapakah yang berani dan mahu menumbangkan Zahid sebagai orang nombor dua dalam kerajaan, jika bukan oleh orang yang berada diatas daripadanya atau setidak-tidaknya mendapat restu daripada orang nombor satu?

Melalui pengakuan memalukan bahawa cybertrooper UMNO dan kerajaan hanya tinggal 6.6 peratus saja, Zahid bukan saja cuba merendah dan memperlihatkan kepimpinan Perdana Menteri dalam keadaan yang amat lemah dan hanya menunggu masa untuk rebah, malah seperti sudah mengorak langkah untuk mula melawan.

Zahid Hamidi Cuba Malukan Najib? Apabila "nombor satu" dan "nombor dua" sudah ada tanda-tanda berbalah, maka peluang Pakatan Harapan dan Bersatu mengambil alih kerajaan turut semakin cerah. - shahbudin



Iklan
Image
Image
Image
Image
Image




Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Zahid Hamidi Cuba Malukan Najib?"

Posting Komentar