Loading...
Melalui status fesbuknya, Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man PAS menafikan sekeras-kerasnya tuduhan jahat Datuk Husam Musa bahawa PAS menerima dana RM90 juta daripada Umno melalui akaun Affin Bank.
PAS akan mengambil tindakan undang-undang ke atas beliau sebagaimana kita ambil tindakan kepada Sarawak Report.
Kenyataan keras TITM itu turut disiarkan oleh akhbar rasmi Pas, Harakah di muka depannya.
Ingatkan Husam Musa akan terkencing dan tercirit dalam seluarnya dengan ugutan saman TITIM itu! Tetapi... Oh tidak! Husam melalui status fesbunya menyatakan dia sedia pertahankan ucapannya itu!
Saya mempertahankan apa yang saya ucapkan dalam ceramah saya di Selising, Pasir Puteh, Kelantan pada 6 Februari lalu.
Tindakan mahkamah mungkin satu cara untuk membuktikan kebenaran isu berbangkit.
Saya berpendapat, kenyataan Dato Timb Presiden Pas adalah tanpa penelitian. Kemungkinan beliau tidak tahu hujung pangkal isu berbangkit.Cabaran Husam itu sebaliknya menjadikan Hj Hadi menggelabah tak tentu pasal. Hj Hadi tak tahu nak kata apa sekadar tuduh Husam sengaja membangkitkan isu berkenaan agar dia hilang kelayakan bertanding pada PRU14 jika kes itu kalah di mahkamah. Baca sepenuhnya di sini.
Saya tidak pasti kenyataan beliau berkenaan tindakan mahkamah adalah kenyataan peribadi atau pendirian rasmi PAS.
Menjawab kenyataan Hj Hadi itu, Husam berkata: Kenyataan Hadi sangat melucukan. Saya tak pernah dengar orang yang kalah dalam sivil kes di mahkamah tidak dapat bertanding pilihan raya,” katanya kepada Malaysiakini.
Malah, kata Husam lagi, Hadi seolah-olah membuat kesimpulan beliau telah kalah dalam kes tersebut.
“Oleh kerana kes ini tidak dibawa ke mahkamah atau belum dibawa ke mahkamah, kita tidak tahu siapa yang akan menang atau kalah, jadi macam mana dia boleh boleh buat kesimpulan saya yang akan kalah kes,” katanya di sini
Komen al-husseyn :
Pelik sunggoh jawapan Hj Hadi ini. Setelah Husam dituduh buat fitnah dan berniat jahat, Hj Hadi berlagak simpati dan kesian belas terhadap Husam!
Itu hanyalah fantasia Hj Hadi semata-mata. Samada Husam akan bertanding pada PRU 14, itu Husam punya pasal. Kenapa Hj Hadi perlu sibuk samada Husam nak bertanding atau tidak?
Tetapi persoalan yang rakyat mahu tahu ialah apa tindakan Pas selanjutnya terhadap tuduhan Husam itu. Rakyat mahu tahu tuduhan Husam itu benar atau fitnah.
Hanya bila berdepan dengan penghakiman dimahkamah, kebenaran akan terserlah. Apakah Hj Hadi tidak berani berdepan dengan kebenaran melalui sidang di mahkamah?
Apakah Hj Hadi sudah tidak ada lagi harga diri dan rasa malu hingga tidak mahu menuntut pampasan ganti rugi malu dari fitnah Husam itu?
Atau tuduhan Husam itu adalah benar adanya?
Loading...
0 Response to "Apakah Hj Hadi sudah tidak ada lagi harga diri dan rasa malu?"
Posting Komentar