Loading...
Ekoran berita seorang ulama Pas menghadiahkan isteri mudanya sebuah kereta AudiQ7 bernilai lebih RM1/2 juta menjadi viral di media sosial, Nurul Islam Mohamed Yusoff, Ketua Pemuda PAS Kawasan Batu yang juga Exco Pemuda PAS Pusat memuat naik status berikut untuk memberikan sedikit penjelasan :
1. YB Khairuddin dan isterinya memiliki perniagaan kosmetik sejak 2008.
2. Perniagaan beliau sentiasa diiklankan di syarikat tv Al Hijrah dan isterinya seringkali muncul di slot Assalamualaikum.
3. Sebagai ahli perniagaan yang mampu, beliau menggunakan kereta mewah BMW dan Mercedes sejak sebelum bergelar YB lagi.
4. Malah dengan hasil pendapatan perniagaan beliau digunakan untuk kerja parti dan menjaga kebajikan rakyat di Parlimen Kuala Nerus.
Apakah memiliki harta halal melalui perniagaan setelah kewajipan terhadap rakyat ditunaikan merupakan suatu perkara yang salah? Pemimpin politik memiliki kekayaan hasil perniagaan sendiri ada juga dalam PAN, PKR dan DAP. Ia hak setiap individu dan tindakan portal PAN mengunakan isu ini merupakan satu tindakan murahan.
Nampak sangat politik terdesak.
Loading...
0 Response to "AudiQ7 : Hutang aku tak mau bayar..."
Posting Komentar