Loading...
Bangsa Johor Bikin Gempar Lagi? Kerajaan negeri menafikan pernah mengeluarkan kad identiti Bangsa Johor, seperti yang sedang viral di media sosial.
Setiausaha Kerajaan Johor Azmi Rohani berkata setakat ini, tidak ada mana-mana pihak termasuk jabatan kerajaan negeri mengeluarkan kad berkenaan.
“Penggunaan identiti Johor bagi tujuan sedemikian rupa tanpa merujuk kepada pihak setiausaha kerajaan negeri adalah dilarang sama sekali,” katanya dalam satu kenyataan, malam tadi.
Bangsa Johor Bikin Gempar Lagi? Azmi mengulas status seorang lelaki menerusi akaun Twitter hari ini, yang memberi maklumat supaya rakyat Johor yang masih belum mempunyai kad berkenaan agar mendapatkannya segera.
Dalam kad itu turut dipaparkan nombor kad pengenalan Malaysia dan di bawahnya terdapat nombor identiti Bangsa Johor.
Selain itu, kad tersebut kononnya boleh dijadikan sebagai kad debit untuk membuat pembelian dan membeli-belah.
Bangsa Johor Bikin Gempar Lagi?
Di bahagian belakang kad pula, tertera alamat pemegang kad dan nama waris terdekat termasuk penyataan kad itu untuk pengesahan pengenalan Bangsa Johor. - fmt
Iklan
Loading...
0 Response to "Bangsa Johor Bikin Gempar Lagi?"
Posting Komentar