Loading...

Bekas Pengerusi SPR Dedah Rahsia Besar Umno

Loading...
Bekas Pengerusi SPR Dedah Rahsia Besar Umno. Bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman mendakwa ketua bahagian Umno menggunakan nama daripada senarai pengundi untuk dijadikan ahli Umno supaya ahli parti berjumlah 3 juta.

Rashid, kini naib presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) berkata ia dilakukan dengan tujuan menubuhkan cawangan Umno di serata negara.

Bekas Pengerusi SPR Dedah Rahsia Besar Umno. “Belum tentu lagi betul ke tidak 3 juta… Yang saya tahu dulu, tak ada pun. Hanya sejuta sahaja.

“Yang lain semua ketua bahagian masukkan nama daripada senarai pengundi,” katanya pada satu forum PPBM di Alor Setar, Sabtu lalu.

Turut hadir ialah Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad, dan beberapa pemimpin PKR and DAP lain.

Rashid yang berkhidmat dengan SPR selama 27 tahun sebelum bersara sebagai pengerusinya, bagaimanapun tidak menerangkan lanjut, dan berkata perlu masa berjam-jam untuk menghuraikan apa yang diketahuinya.


Bekas Pengerusi SPR Dedah Rahsia Besar Umno


Rashid yang pernah menyertai pertubuhan Perkasa, sebelum ini secara terbuka mengaku pernah membantu menyusun persempadanan semula kawasan pilihan raya dengan tujuan mengekalkan kuasa Melayu.

Bekas Pengerusi SPR Dedah Rahsia Besar Umno. “Kami lakukan secara sah dan teliti. Mereka yang kalah semasa pilihan raya umum lalu mendakwa kami melakukan kesalahan. Jika betul, mengapa Barisan Nasional tewas di Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor?” Rashid dilaporkan berkata pada 2013. - fmt



Iklan
Image
Image
Image
Image
Image


Loading...

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Bekas Pengerusi SPR Dedah Rahsia Besar Umno"

Posting Komentar