Loading...
Ini masa untuk ubah persepsi: Mat Sabu
Presiden Parti Amanah Negara Malaysia, Mohamad Sabu ketika Persidangan Meja Bulat "Selamatkan Malaysia" di The Club @ Bukit Utama, Persiaran Surian, Bandar Utama. Foto Sinar Harian SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
PETALING JAYA - Pakatan Harapan perlu merangka satu pelan terancang untuk memastikan mereka bersedia untuk mengambil alih Putrajaya sekiranya menang PRU14.
Presiden Amanah, Mohamad Sabu berkata, pelan itu penting bagi memastikan rakyat yakin dengan hala tuju Pakatan Harapan dalam agenda mentadbir negara.
"Tetapi persoalannya bagaimana hendak bina keyakinan khasnya bagi orang-orang Melayu tentang bila berlaku perubahan kerajaan, 'apa nak jadi pada mereka' inilah tugas kita kena bina keyakinan ini," katanya dalam sesi meja bulat Selamatkan Malaysia di sini, hari ini.
Dalam pada itu, Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu mengharapkan agar DAP turut turun membantu bagi membentuk keyakinan ini.
"Terutamanya DAP untuk membantu ubah persepsi ini," katanya.
Loading...
0 Response to "CAKAP MAT SABU BERTERABOR, HANG CAKAP APA MAT ?"
Posting Komentar