Loading...

Gara-gara kes langgar mati 8 budak berbasikal ... tak pasal-pasal orang lain yg kena getahnya

Loading...

Johor Bahru: Mahkamah Khas Reman, di sini, memerintahkan dua lelaki yang ditahan kerana disyaki menyebarkan kenyataan jelik dan fitnah berhubung kes kemalangan maut membabitkan remaja berbasikal minggu lalu, direman tiga hari.

 Perintah reman itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah Johor Bahru, Faridatul Farrah Mohd Shukri bermula hari ini hingga Selasa.

 Reman itu dibuat bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 500 Kanun Keseksaan.

 Difahamkan, dua suspek yang ditahan dalam serbuan berasingan itu adalah seorang ahli politik bergelar Datuk dan seorang lagi penulis blog.

 Sementara itu, seorang lelaki berusia 65 tahun yang ditahan di Ipoh, Perak, malam tadi direman dua hari bagi membantu siasatan berhubung kenyataan jelik dan menghasut orang ramai bagi menyertai perhimpunan basikal yang dijadual diadakan pagi semalam.

 Perintah reman itu dikeluarkan di mahkamah sama bermula hari ini hingga esok. ~ sumber

Komen al-Husseyn:

Ahli politik bergelar Datuk itu khabarnya ialah Dato Zaharin Yasin, orang Umno yang lantang mengkritik PM Najib dan Umno bila tidak betul. (masa bila Umno betul??)

Yang lelaki berusia 65 tahun yang ditahan di Ipoh, Perak tu ialah Hj Surur Ghazali, abang kepada almarhumah Dr Lok Lok Ghazali. 

Yang penulis blog tu masih belum dapat dipastikan lagi siapa ke dia??

Memetik laporan Bernama berikut :

Ketua Polis Johor, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata, wanita berumur 22 tahun itu dibebaskan selepas keterangannya berhubung kemalangan terbabit selesai direkodkan. 
Polis sedang melengkapkan kertas siasatan berhubung kemalangan itu sebelum diserahkan kepada timbalan pendakwa raya dalam masa terdekat untuk tindakan lanjut.
 Untuk kes kemalangan maut dan cedera parah Pegawai Penyiasat akan memaklumkan dalam masa 30 hari selepas kemalangan. Jadi kita tunggulah apa tindakan selanjutnya pihak polis.

 Tapi saya suka dengan komen seorang fesbuker ni :

Wan Mohamad Desah : Selalunya kes langgar smpai mati mcm ni pemandu akan ditahan dulu di lokap.. Akan diambil sample air kencing nya untuk pasti kan bebas dadah dan alkhohol..

Lepas tu dibawak ke mahkamah dan sabit kesalahan blh dipenjara dan lesen memandunya digantung.. Tp apa jadi dgn kes ini.. Seolah2 nak tutup terus.. Kira mati katak lah budak2 tu.. 
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Gara-gara kes langgar mati 8 budak berbasikal ... tak pasal-pasal orang lain yg kena getahnya"

Posting Komentar