Loading...
Himpunan RUU 355 Capai 200,000 Peserta. “Lautan ungu” mula membanjiri Padang Merbok seawal 2 petang tadi dengan sebahagian besar kawasan padang itu dipenuhi peserta himpunan RUU 355 yang berpakaian ungu.
Bagaimanapun, himpunan anjuran PAS dan beberapa kumpulan Islam itu menyaksikan ada di kalangan ibu bapa yang membawa anak kecil mereka berarak ke Padang Merbok.
Himpunan RUU 355 Capai 200,000 Peserta. Turut mencuri tumpuan ialah warga emas berkerusi roda yang ditemani ahli keluarga menyertai perhimpunan itu.
Kebanyakan peserta mula berkumpul di Masjid Jamek, Masjid Negara, Parlimen dan pusat beli-belah Sogo di Jalan Tuanku Abdul Rahman sebelum menuju ke Padang Merbok sambil dikawal Unit Amal PAS.
Tiada perarakan berlangsung, sebaliknya peserta kelihatan berjalan dengan santai secara bersendirian atau dalam kumpulan kecil.
Namun, ada yang berjalan sambil melaungkan takbir dan berzikir.
“Setiap peserta bergerak secara sendiri atau berkumpulan. Kami tidak akan berarak,” kata seorang anggota Unit Amal PAS yang berkawal di depan Masjid Jamek.
Himpunan RUU 355 Capai 200,000 Peserta
Urus setia Unit Amal Pemuda PAS menganggarkan lebih 30,000 orang menyertai himpunan itu, setakat 5 petang ini. Tinjauan FMT mendapati jalan utama menuju ke Padang Merbok mula sesak dan dikawal ketat polis.
Berdasarkan maklumat diterima FMT, lebih 1,000 bas dikerah untuk membawa peserta menyertai perhimpunan hari ini.
Peserta yang ditemui berkata, perhimpunan hari ini adalah perjuangan demi agama dan mereka mahu melihat undang-undang Islam dan Mahkamah Syariah diperkasakan di negara ini.
“Kami datang sebab nak tunjuk sokongan kami kepada pelaksaraan undang-undang Islam, malah kami sedikit pun tidak menyesal datang ke sini hari ini, biar penat dan lelah, habis wang asalkan RUU 355 berjaya,” kata Mohd Fakrul Razi dari Kedah.
“Kami datang hari ini tidak seperti perhimpunan yang lain, baik merah atau kuning kerana perjuangan kami lebih besar daripada perjuangan meraka, sebab ini perjuangan agama,” katanya seorang lagi peserta yang hanya mahu dikenali sebagai Abdul Fattah.
Bagi peserta bukan Islam pula, sokongan terhadap RUU 355 bertujuan memastikan kebaikan untuk semua rakyat tanpa mengira bangsa dan agama.
“Walaupun undang-undang ini khas untuk orang Islam, tetapi kami sokong sebab bila undang-undang ini dilaksanakan, keamanan negara terjamin.
“Kalau kami bukan Islam pun sokong undang-undang ini, kenapa tidak bagi orang Muslim? Bagi kami, himpunan hari ini bukannya himpunan agama hanya untuk orang Islam, tetapi himpunan untuk masa depan dan keamanan negara,” kata seorang peserta yang hanya mahu dikenali sebagai Subramaniam.
PAS sebelum ini menyasarkan kira-kira 300,000 orang akan menyertai himpunan hari ini bagi menunjukkan sokongan dan memperjelaskan kewajaran usul RUU persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU 355 dibawakan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi memperkasakan Mahkamah Syariah untuk menghukum pesalah Islam.
Himpunan RUU 355 Capai 200,000 Peserta
Satu lagi himpunan balas “Rakyat Malaysia tolak RUU Hadi” anjuran NGO dikenali sebagai Bebas turut diadakan di Taman Jaya, Petaling Jaya, ketika ini bagi menghimpun umat Islam dan bukan Islam untuk membantah RUU 355.
RUU 355 pertama kali dibentangkan di Dewan Rakyat pada 26 Mei 2016 oleh Hadi. Pada 24 November lalu, Hadi meminta Dewan Rakyat menangguhkan perbahasan RUU 355 ke sidang berikut pada Mac ini bagi membolehkan pindaan dilakukan terhadapnya RUU itu.
Himpunan RUU 355 Capai 200,000 Peserta. Antara pindaan dicadangkan ialah hukuman “penjara tidak melebihi 30 tahun atau denda tidak lebih RM100,000 atau 100 sebatan” berbanding maksimum 3 tahun penjara, denda RM5,000 dan 6 kali sebatan yang boleh dijatuhkan Mahkamah Syariah ketika ini. - fmt
Iklan
Loading...
0 Response to "Himpunan RUU 355 Capai 200,000 Peserta"
Posting Komentar