Loading...
Pas, Bersatu runding elak tiga penjuru
Mustafa Ali
SHAH ALAM - Pas dan Bersatu mencapai kata sepakat bagi memastikan kedudukan satu lawan satu dengan BN pada PRU akan datang.
Menurut Pengarah Pilihan Raya Pas, Datuk Mustafa Ali, mesyuarat antara Pas dan Bersatu kelmarin, menghasilkan perkembangan positif, dengan kedua-dua parti bersetuju mengelakkan berlakunya pertembungan tiga penjuru.
"Bagaimanapun, keadaan ini sukar diramalkan. Pas sukar menyekat kalau ada mana-mana parti yang berminat untuk turut serta sehingga berlaku pertandingan tiga penjuru," katanya kepada Sin Chew Jit Poh.
Menurut Mustafa lagi, pemimpin Pas dan pemimpin PKR juga telah mengadakan perbincangan bagi membentuk kerjasama yang lebih erat menghadapi PRU14.
"Tidak timbul sebarang masalah kerjasama antara Pas dan PKR. Di Selangor misalnya, Pas masih mempunyai hubungan rapat dengan PKR," katanya.
Loading...
0 Response to "INI KENYATAAN POLITIK BEBAL"
Posting Komentar