Loading...

KASI BOGEL SEMUA, RAKYAT NAK TAHU

Loading...
Tun usah lupa ketirisan ketika memerintah 22 tahun
Tun Dr Mahathir Mohamad
Tun Dr Mahathir Mohamad

PASIR SALAK - Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad disaran tidak lupa ketirisan kewangan yang berlaku ketika 22 tahun pemerintahannya sebagai perdana menteri.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, ketika berkuasa, Mahathir tidak pernah sunyi dalam melakukan 'kerugian' kepada negara.

"Beliau jangan lupa semasa Proton mula-mula ditubuhkan pada permulaannya, ia mengalami kerugian hampir RM500 juta.

"Kita jangan lupa isu melibatkan Perwaja Steel umpamanya yang sehingga ke hari ini difahamkan berbilion ringgit kerajaan mengalami kerugian.

"Dia akui kerajaan alami kerugian dalam perniagaan tapi beliau mengatakan itu masalah pengurusan, sepatutnya dia yang meluluskan ambil tanggungjawab itu," katanya kepada pemberita, hari ini.

Tajuddin berkata, pada ketika itu rakyat dan kepimpinan telah memberi Mahathir peluang untuk perbaiki kelemahan dan kesilapan.

"Beliau perlu ingat, kepercayaan dan sokongan parti kepadanya diberikan seratus peratus untuk beliau melakukan perubahan namun mengapa beliau kini tidak mampu melakukan perkara sama semata-mata kerana dendam politik terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Fakta tidak pernah membohongi sesiapa dan jika bekas Perdana Menteri itu ghairah mahu memburukkan kepemimpinan Najib khususnya dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB), beliau perlu meneliti kembali sejarah pemerintahannya sebelum ini," katanya.
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "KASI BOGEL SEMUA, RAKYAT NAK TAHU"

Posting Komentar