Loading...
Hasrat kerajaan negeri Johor ingin membantu keluarga 8 remaja sekolah yang terlibat dalam kemalangan maut di Jalan Lingkaran Dalam berhampiran perkuburan Mahmoodiah, Johor Bahru awal pagi semalam dipertikai netizen.
Rata-rata pengguna laman sosial yang mengikuti perkembangan kes ini mempersoal kewajaran kerajaan negeri menyediakan khidmat guaman untuk keluarga mangsa sedangkan banyak lagi kes kemalangan jalan raya berlaku sebelum ini tidak dapat pembelaan serupa.
Netizen turut mempersoal apa motif kerajaan negeri berbuat demikian serta menuntut Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin memberi penjelasan lebih lanjut mengenainya.
Dalam satu kenyataan media semalam, Menteri Besar Johor menyatakan bahawa kerajaan negeri akan membela nasib keluarga mangsa dengan memberi khidmat guaman percuma bagi mengkaji tindakan sewajarnya berhubung kes ini.
Selain dari bantuan guaman, kerajaan negeri turut memberi bantuan segera berupa wang tunai berjumlah RM1,600 bagi setiap keluarga mangsa yang terlibat dalam nahas tersebut.
Mohamed Khalid yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri berkata bantuan tersebut akan disalurkan menerusi beberapa angensi negeri dan pusat termasuk Tabung Khairat Kematian Negeri Johor, Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Loading...
0 Response to "Khidmat Guaman Untuk Apa?"
Posting Komentar