Loading...

Luahan cikgu apabila ibu bapa marah sekolah minta derma satu kertas rim A4

Loading...
Gambar hiasan
ZAMAN saya sekolah dulu, cikgu-cikgu selalu beri pensel berkartun, buku catatan comel berwarna warni, pemadam macam gula-gula, pen di badannya ada cecair dan objek bergerak-gerak, pembaris yang cantik dan macam-macam lagi. Semuanya sebagai hadiah bila saya dapat jawab soalan yang cikgu beri.

Hari ini, anak-anak pula selalu bawa alat tulis yang cantik-cantik pulang ke rumah. Bila ditanya, mana mereka ambil, jawapannya masih sama: “Cikgu bagi hadiah sebab dapat jawab soalan masa dalam kelas.”

Ia, untuk memberi semangat dan galakan kepada anak didik, cikgu tak lokek duit. Itu bukan bujet pendidikan yang kementerian salurkan tau! Bukan juga duit PIBG atau tabungan sekolah. Mereka guna duit sendiri untuk senangkan hati anak-anak kita.

Satu ketika dulu, tular cerita anak-anak diminta menderma RM1 untuk beli hadiah seorang guru yang akan bersara. Kemudian cerita pelajar diminta derma kertas A4 satu rim seorang untuk kegunaan cetak kertas ujian.

Bila cerita ini masuk FB, satu dunia kecoh!

Kita, ibu bapa sepatutnya jangan cepat melatah. Sebenarnya ramai antara kita yang tidak tahu situasi sebenar guru-guru di sekolah.

Kita cuma tenggok tiga hingga enam orang anak kita saja. Cikgu-cikgu jumpa beratus dan ada juga mencecah ribu budak setiap hari. Perangai? Bermacam-macam. Masalah pun pelbaga dan melibatkan kewangan.

Cikgu bukan tak ikhlas. Bukan juga mahumengungkit. Cuma nak minta ibu bapa yang berkira di luar sana, supaya celik mata. Jangan asyik cakap cikgu minta duit saja. Sebenarnya cikgu-cikgu dah banyak keluar duit untuk anak-anak kita.

Tak percaya? Bacalah situasi awal tahun yang saya kutip dibeberapa FB guru ini. Dan kemudian sama-sama kita hadamkan pandangan guru-guru yang sempat diwawancara berkaitan isu ini.

Situasi 1

Guru: Mana buku tulis awak?

Murid: Emak belum beli.

Guru: (Bebel dulu..pot pet..nah ambil buku ni...) Esok bawa duit bagi cikgu (nak mengajar erti tanggungjawab..walaupun sampai ke sudah tiada pun menerima bayaran balik)

Situasi 2

Alamak sekolah dah nak buka.. alat tulis belum beli lagi.. marker pen dah habis.. kertas A4 dah habis.. printer takde ink.. pen merah pun dah takde.. pen hitam pun.. ohhh.. buku tulis untuk budak-budak yang tiada buku nanti... (diingatkan tiada tuntutan elaun untuk dan peruntukan untuk semua ini).

Situasi 3

Hias Kelas....kertas laminate habis la pula. Skirting meja kena beli ni.. oh kena cetak gegantung

(Diingatkan sekali...peruntukannya dari poket cikgu juga)

Situasi 4

Oh! Nak sukan.. rumah sukan kena hias cantik-cantik. Perarakan pelajar: nak menang ni. Kenalah buat costume. Kasihan budak-budak... duit? Kita kutip sorang sikit daripada cikgu rumah sukan. Biasanya RM10 seorang. (Diingatkan sekali lagi.. tiada peruntukan untuk bagi anak-anak didik happy dan costume bagai tu ye)

Situasi 5

Nak bagi lembaran kerja, kena photocopy ni. Ermm murid 40. Satu muka surat sepuluh sen. .2 page 2 posen...Jumlah RM8..untuk satu kelas je. Tak kira gi kalau ngajar 2 kelas..tak didarabkan lagi dalam setahun berapa kali bagi lembaran kerja.. tolong kira jap.. cek pun tak larat kira... (ada sekolah dan pibg prihatin Alhamdulillah..pibg tolong bayarkan)

Situasi 6

Laptop rosak.. report banyak nak buat... Panggil technician?? Jangan mimpi la. Mana ada technician di sekolah. Laptop sendiri kot..sendirilah betulkan. Tak pun beli baru.

Itu baru sekelumit situasi yang dilalui guru-guru di sekolah. Sebenarnya guru-guru bukan hanya berhadapan dengan masalah murid pada musim-musim tertentu.

Sebaliknya setiap hari ada sahaja keadaan yang memerlukan guru-guru sama ada secara sedar atau tidak, keluar duit poket senidir hanya untuk memastikan murid atau pelajar yang didik terus berminat untuk datang ke sekolah, gembira dan dapat ‘menelan’ ilmu yang diajar dengan sempurna.

Cuma lihat situasi ini pula. Cerita yang tidak jauh beza daripada yang dikemukakan sebelum ini, Namun perlu dihadapi hampir setiap hari.

“Mana pensel awak...?"

"Tak bawa, cikgu."

"Nah ambil pensel ni."

(lumrah cikgu tak boleh tengok budak-budak duduk saja dan pastinya bebel tapi bagi juga pensel tu)

“Kenapa tak makan?”

“Lupa nak bawa duit cikgu.”

“Nah ambil duit ni pergi makan."

Internet

Yang ni lagi la banyak...terpaksa subscribe sendiri. Broadband dan wifi, untuk buat kerja sekolah, untuk isi kedatangan anak-anak kita, untuk isi markah peperiksaan anak-anak. Ibu bapa juga yang nak tengok markah tu. Nak screenshot anak dapat no 1..up kat facebook..tau tak mcm mana markah tu ada dalam internet? Guna broadband cikgu-cikgu la...sapa bayar? Kenapa tak pakai line internet di sekolah? Hehehe..malas nak cakap. Marilah try guna sendiri.

‘Ikhlaskan saja.

Kan itu lebih baik’

Jom! Mari kita zoom in apa pendapat guru-guru tentang isu keluar duit poket sendiri ini.

Sumber: GPS Bestari


jobs from my.neuvoo.com

Loading...

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Luahan cikgu apabila ibu bapa marah sekolah minta derma satu kertas rim A4"

Posting Komentar