Loading...
Berhimpun beri isyarat kepada 222 ahli parlimen
HIMPUNAN 355 di Padang Merbok kelmarin bertujuan memberi isyarat kepada 222 ahli parlimen untuk bersetuju meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 yang turut dikenali Akta 355.
Presiden Persatuan Peguam-peguam Muslim Malaysia, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar berkata, semua ahli parlimen perlu ‘merestui’ pelaksanaan akta itu kerana rakyat kini semakin menerimanya.
“Undang-undang jenayah syariah hanya terpakai kepada orang Islam,” katanya.
Menurutnya, bidang kuasa jenayah mahkamah syariah tidak langsung memberi kesan kepada bukan Islam.
“Kenapa orang yang tidak pernah menjejakkan kaki di mahkamah syariah membantahnya? Mereka hanya mencari alasan membantah undang-undang ini,” bidasnya.
Loading...
0 Response to "MEREKA SEBENARNYA ANTI ISLAM"
Posting Komentar