Loading...

Parti nyamuk PaN bagi laluan Pas bertanding dimana kerusi pakatan harapan, kalah jadi abu !!!

Loading...
OK LA TU, BARU  DEMOKRASI,
PAN ADALAH PARTI PAKATAN HARAPAN
ERTINYA DIMANA SAHAJA PARTI PAKATAN HARAPAN BERTANDING MAKA PAS KENA LETAKKAN CALON
 
MERDEKAAAAAA !
 
PAN AKAN BUNGKUS !!!!!
PKR AKAN BUNGKUS !!!!
DAP AKAN BUNGKUS !!!!!
BARSATU JUGA BUNGKUS !
 
 
-Pak aramu-
 
 
 
Amanah sah tanding kerusi Pas
 
Parti Amanah Negara
Parti Amanah Negara

SHAH ALAM - Pas Selangor diingatkan tidak perlu mencabar Amanah kerana mereka memang telah membuat keputusan untuk terus bertanding di kerusi Pas.

Pengerusi Amanah Selangor, Ir Izham Hashim berkata, keputusan bertanding itu sudah dibuat dan kini Amanah hanya perlu berbincang dengan Bersatu untuk pembahagian kerusi.

“Kita tetap akan lawan Pas, Pas perlu ingat bahawa Amanah sudah menggantikan Pas dalam Pakatan Harapan selepas Pas mengumumkan keluar dari Pakatan Rakyat (PR).

“Jadi Pas tidak perlu lagi cabar mencabar kita, kita akan tetap teruskan niat itu pada PRU14 nanti,” katanya sebagai reaksi kepada cabaran yang dibuat Pas Selangor melalui Setiausahanya, Khairuddin Othman, semalam.

Izham turut mencabar Pas menghantar calon di kawasan yang ditandingi Amanah untuk menilai sendiri calon dari parti mana yang boleh menang.

“Tiada guna main cabar-cabar dalam media, saya yakin Pas akan kalah jika dia terus bersendirian.

“Di negara ini, mana-mana parti yang bersendirian memang sukar untuk menang melainkan wujudnya permuafakatan dan kerjasama dengan parti-parti lain yang lebih kuat,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya percaya Pas Selangor kini di ambang ketakutan kerana risau akan kehilangan kuasa jika mereka kalah dalam PRU14 nanti.

“Tambahan lagi, kajian yang dibuat menunjukkan Pas hanya mampu memperoleh kira-kira 20 peratus undi Melayu manakala sekitar 3 peratus undi daripada pengundi Cina.

“Saya yakin jika berlaku pertembungan tiga penjuru termasuk Pas, parti itu boleh dilabelkan sebagai sengaja untuk ‘pecah undi’ dan memberi kemenangan kepada BN,” katanya.

Terdahulu,  Setiusaha Pas Selangor, Khairuddin Othman mencabar Amanah meletakkan calon di kerusi yang ditandingi Pas pada PRU14 bagi membuktikan parti itu mampu meraih sokongan pengundi Melayu.
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Parti nyamuk PaN bagi laluan Pas bertanding dimana kerusi pakatan harapan, kalah jadi abu !!!"

Posting Komentar