Loading...
Pas terbuka terima kehadiran parti lain Himpunan RUU35
Ahmad (tengah) menerima sumbangan daripada Exco Kerajaan Negeri, Datuk Che Abdullah Che Mat Nawi dalam majlis tersebut. - Foto Sinar Harian
KOTA BHARU – Pas terbuka menerima kehadiran mana-mana parti yang mahu turut serta dalam Himpunan Mega RUU355, di Padang Merbok, Sabtu ini.
Timbalan Mursyidul Amnya, Datuk Ahmad Yakob berkata, Pas tidak pernah menghalang mana-mana pihak untuk sertai mereka dalam himpunan tersebut bagi menunjukkan sokongan kepada RUU Akta 355 itu.
“Saya rasa tidak ada masalah, benda ini berkaitan dengan mahkamah syarak. Kita semua orang Islam kena hormat, (maka) sesiapa pun boleh duduk (bersama).
“Kita bersedia terima (kehadiran) mana-mana sahaja tanpa batas parti dan warna kulit,”katanya kepada media di Majlis Pelancaran Kutipan Derma Akaun Amanah Kebajikan Darul Naim (Tabung Serambi Mekah 2017), di sini.
Beliau diminta mengulas sama ada Pas mengalu-alukan kedatangan pemimpin dan penyokong dari parti-parti lain, terutamanya Bersatu dalam himpunan mega RUU tersebut.
Menurutnya, sehingga kini, pihaknya menerima banyak maklum balas yang memberangsangkan mengenai jumlah peserta yang akan menyertai himpunan tersebut.
Pada 24 November lepas, Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang membawa usul Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian iaitu Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 di Dewan Rakyat untuk memperkasakan mahkamah syariah dalam melaksanakan hukuman jenayah.
RUU itu bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 yang turut dikenali Akta 355.
Loading...
0 Response to "PAS TERBUKA SIAPA YANG NAK DATANG"
Posting Komentar