Loading...

Pejuang Melayu tulin - Jamal Tongkol

Loading...
  Salam. 05.01.17. Saya menerima banyak pangilan oleh toukeh mesih judi. Utk berjumpa dgn saya dan menawarkan wang ringgit juga bayaran setiap bulan dgn jumlah yg sangat memeranjatkan saya. Dan baru sebentar tadi saya tersempak atau di ekori dan di berikan sebuah beg yg di katakan berisi Rm1 juta. Dan saya mencampakan kembali beg tersebut kpd toukeh judi itu.tujuannya utk membeli saya. InshAllah saya bukan org yg mereka sangkakan. Kegiatan kedai mesin judi di selangor dan seluruh negara perlu di hapuskan. ~ DS Jamal md Yunos
 Tiba-tiba hari ini dilaporkan polis telah menangkap Jamal Yunos di rumahnya di Ampang kerana didakwa menceroboh dan mencuri di sebuah pusat hiburan.

  Jamal dibawa ke ibu pejabat polis daerah Ampang Jaya berhubung kes samun berkumpulan dan disiasat bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan. Jika sabit kesalahan, suspek boleh dipenjara 20 tahun dan disebat.

 Ia susulan serbuan Jamal dan bebeapa pengikutnya di sebuah tempat didakwa pusat perjudian di Taman Kosas, Ampang pada 29 Disember lalu.

 Menurut polis, pusat hiburan keluarga itu ada lesen, semua ada permit bawah (MPAJ) Majlis Perbandaran Ampang Jaya.

 Polis bertindak  setelah menerima beberapa laporan yang mengatakan barang mereka hilang masa serbuan tersebut. Baca lagi  di sini

Komen al-Husseyn :

  Kah! Kah! Kah! Ini semua adalah fitnah toukeh judi yang marahkan Jamal!

Ingat... Jamal tidak mudah dibeli! Jamal adalah satu-satunya pejuang Melayu yang tulin, bersih dan tulus ikhlas!

Pejuang Melayu tulin macam Jamal tidak makan dedak, tidak curang apatah lagi berlaku khianat.

Sebuah beg yg di katakan berisi Rm1 juta yang cuba diberikan kepadanya tetapi dia campak semula kpd toukeh judi itu ... Mana nak cari pejuang Melayu setulin macam Jamal?

Kah! Kah! Kah! Sama-samalah kita tunggu Jamal dengan lagu barunya bila polis bebaskan dia nanti....
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Pejuang Melayu tulin - Jamal Tongkol"

Posting Komentar