MALAYSIAKINI
Polis menangkap pemandu teksi yang membawa dua wanita yang didakwa membunuh Kim Jong-Nam, abang tiri pemimpin Korea Utara Kim Jong-Un.
Memetik sumber kanan polis, Oriental Daily, melaporkan rakaman kamera awam menunjukkan wanita-wanita itu mengambil teksi untuk keluar daripada kawasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang selepas didakwa meracun Kim.
“Selepas menyemak rakaman CCTV (kamera litar tertutup), polis menangkap pemandu teksi itu,” kata sumber itu seperti dilaporkan.
Pihak polis difahamkan bahawa wanita itu mendakwa mereka adalah warganegara Vietnam.
Bagaimanapun, tidak pasti sama ada mereka bercakap benar kepada pemandu teksi itu.
Sementara itu, berhubung dakwaan muka Kim Jong-Nam diserkup dengan kain, sumber berkata cairan padanya “lebih kuat daripada sianida”.
Sementara itu, gambar dari rakaman CCTV di KLIA seorang daripada suspek pembunuh telah dibocorkan dan sudah disiarkan oleh syarikat penyiaran 24 jam Korea Selatan YTN News.
Gambar sama disiarkan oleh The Malay Mail hari ini.
Ia menunjukkan seorang wanita memakai kemeja T lengan panjang dan skirt pendek.
Related Posts :
Pelajar maut ketika selamatkan beg rakan Primary tabs View(active tab) Track Nasional di Putrajaya - 29 Aug 2016 (9 hours ago) Previous Next 1 of 2 Seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Presint 9 (2) mati selepas terjatuh dari tingkat tiga bangunan sekolahnya di sini pagi tadi. Mangsa, Azim Hakimi Abu Shuja, 15, terjatuh ketika cuba menyelamatkan beg rakannya ddalam kejadian pukul 9.40 pagi itu. Difahamkan, punca kejadian pelajar terbabit cuba untuk mengambil beg kawannya yang telah dibuang keluar oleh kawan lain di kelas yang sama. "Tujuan tindakan beliau adalah untuk membantu pelajar tersebut mengambil beg yang telah dibuang. Namun ketika pelajar tersebut melompat keluar, beliau telah gagal mengawal diri untuk bertahan dan seterusnya jatuh ke bawah," menurut sumber hari ini. Pelajar tingkatan 3 Elit SMK Presint 9 (1) itu kini dihantar oleh polis ke Hospital Putrajaya untuk tindakan lanjut.--MalaysiaGazetteMALAYSIA GAZETTE
Seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Presint 9 (2) mati selepas terjatuh dari tingkat tiga bangunan … Read More...
PRM tahan Tan Sri, pengerusi syarikat bank
Bernama
SPRM turut membekukan akaun bank individu itu yang mengandungi wang hampir RM1 juta.
KUALA LUMPUR: Pengerusi se… Read More...
Bill Kayong: Polis, Interpol kerjasama buru ‘Datuk’
FMT Reporters | August 29, 2016
Polis menunggu maklumat Interpol berhubung lokasi terkini Datuk itu yang kali terakhir dikesan berada di… Read More...
Mansuh diskaun Bumiputera pastikan harga berpatutan untuk semua’
Robin Augustin
Chang menggesa kerajaan negeri Selangor memastikan tiada pemaju perumahan mengambil kesempatan untuk meningka… Read More...
Anak muda menganggur, satu sorotan global… Read More...
0 Response to "Pemandu teksi ditangkap, gambar suspek bocor"
Posting Komentar