Loading...
KANGAR: Pengarah sebuah kolej vokasional di negeri ini, direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes rasuah dan penyalahgunaan kuasa.
Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perlis, Yaacop Angah, berkata suspek wanita berusia 55 tahun itu ditahan semalam, bagi membantu siasatan kes penyelewengan sebut harga perkhidmatan latihan bernilai hampir RM500,000.
"Suspek dipercayai menggunakan kedudukannya untuk memaksa seorang guru menandatangani penerimaan sebut harga barangan terbabit sedangkan ia adalah barangan terpakai.
"Selain wanita berkenaan, dua lelaki iaitu masing-masing seorang pengurus syarikat berusia 55 tahun dan eksekutif pemasaran berusia 29 tahun turut ditahan bagi membantu siasatan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Yaacob berkata, SPRM sudah membekukan akaun syarikat pembekal perkhidmatan latihan itu berjumlah lebih RM300,000, manakala peralatan bernilai lebih RM100,000 disita untuk tujuan siasatan.
"Permohonan reman dibuat mengikut Akta SPRM 2009 dan dibenarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Sesyen Kangar, Monica Joseph Gaisah," katanya.

0 Response to "Pengarah kolej vokasional ditahan rasuah"
Posting Komentar