Loading...

Perbezaan PIBG dan PIBK

Loading...
KOTA TINGGI - Masih terdapat kalangan masyarakat yang keliru antara Persatuan Ibu Bapa-Guru (PIBG) dan Penglibatan Ibu Bapa dan Komuniti (PIBK), malah ada yang tersalah anggap dan menyangka PIBG sudah tidak wujud tetapi digantikan dengan PIBK.

Pegawai Meja Inisiatif PIBK, Nurashikin Munaim berkata, PIBG tetap kekal hingga hari ini seperti mana penetapan dalam Akta Pendidikan yang tertakluk di bawah Perlembagaan PIBG digubal Peraturan-peraturan PIBG 1998.

Menurutnya, bagi memahami lebih lanjut tentang PIBG orang ramai boleh rujuk SPI 4/2004 dan Sub Peraturan 7(2).

“Manakala PIBK merupakan inisiatif penting di bawah Anjakan ke 9 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013 hingga 2025). Ia satu daripada 11 Anjakan yang terkandung dalam dasar pendidikan terbaru.
“Sementara Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB) pula ialah Biro baru yang diwujudkan di bawah PIBG mulai 2013 selain Biro Maklumat,” katanya pada Program Silang Muafakat PIBK Pendidikan Daerah Kota Tinggi di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kota Tinggi, dekat sini.

Hadir sama, Timbalan Pendidikan Daerah Kota Tinggi, Mohd Fadil Ishak dan Pengerusi Majlis Pengetua Sekolah-Sekolah Menengah Kota Tinggi, Zakaria Abd Jalil.

Katanya, dalam inisiatif PIBK, semua pihak berganding bahu membantu meningkatkan kecemerlangan sekolah selain warga pendidikan termasuk PIBG, KSIB, ibu bapa, alumni, komuniti, agensi dan rakan strategik dengan kawalan.

Sumber: GPS Bestari

jobs from my.neuvoo.com

Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Perbezaan PIBG dan PIBK"

Posting Komentar