Loading...

Permudah guru laksana PAK-21

Loading...

Model Reka Bentuk Pengajaran Integral ASIE (Analyze, Stra­tegize, Im­plement and Evaluate) yang menerima Anugerah Persembahan Terbaik dalam Persidangan Pendidikan Antarabangsa di Beijing, China dan London, United Kingdom merupakan kaedah yang memudahkan guru melaksanakan pembelajaran abad ke-21 (PAK-21).

Ketua Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan (JPNS), Maznah Abu Bakar berkata, PAK-21 dapat dilaksanakan dengan perancangan yang rapi melalui satu bentuk model reka bentuk pengajaran justeru tanpa perancangan yang tepat, pelaksanaannya di dalam bilik darjah tidak akan berjaya.

“Dalam Model ASIE contohnya, komponen, aspek dan item yang disenaraikan sudah cukup untuk menjadi satu bentuk aliran prosedur bagi guru-guru merancang pengajaran.

“Malah, ia menjadi seolah-olah senarai semak bagi guru memastikan elemen PAK-21 dimasukkan dalam proses pembelajaran dan pemudahcaraan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Bengkel Merancang PAK-21 Melalui Aplikasi Model Reka Bentuk Pengajaran ASIE di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Shahardin, Labu, Negeri Sembilan, baru-baru ini.

Bengkel sehari bersama Pembangun Model ASIE, Dr. Ismail Zain itu kali ketiga diadakan melibatkan guru, pegawai Pejabat pelajaran Daerah (PPD), Pembimbing Pakar Peningkatan Sekolah (SISC+) dan pentadbir bagi lima buah sekolah transformasi Negeri Sembilan.

Sementara itu, Ketua Unit Jaminan Kualiti JPNS, Moskaya Kama Mohamed berkata, Model ASIE dapat mengurangkan beban tugas guru dalam merancang dan merangka pengajaran di samping membantu guru dalam proses penilaian.

“Model ini amat selari dengan peranan guru sebagai perancang, pengawal, pembimbing, pendo­rong dan penilai seperti yang dinyatakan dalam Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2,” katanya.

Malah, tambahnya, model ini juga menyediakan ruang untuk guru berfikir dan merancang strategi pengajaran yang sesuai kepada murid-murid dalam menghadapi cabaran pendidikan abad ke-21.

Artikel Model ASIE juga diterbitkan dalam jurnal antarabangsa dan dibukukan oleh penerbit an­ta­rabangsa Scholar Press yang berpusat di Jerman.

Maklumat mengenai Model ASIE boleh diperoleh di http://asiemodel.net atau hubungi Dr Ismail di talian 019-5713745.

- Utusan Malaysia

jobs from my.neuvoo.com

Loading...

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Permudah guru laksana PAK-21"

Posting Komentar