MALAYSIAKINI



Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Datu pada 18 Februari ini menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), Parti Reformasi Negeri (Star) dan Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) Baru.
Ia melibatkan calon BN Datuk Amar Jamilah Anu, Rapelson Richard Hamit dari PBDS Baru dan Johnny Aput (Star), lapor Bernama.
Ia diumumkan oleh Pegawai Pengurus PRK DUN Tanjong Datu Hamsein Atar di pusat penamaan calon di Dewan Masyarakat Lundu hari ini.
Calon Bebas Asbol Abdullah sebelum ini turut mengemukakan borang pencalonan calon tetapi ditolak oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Katanya, ia kerana beliau tidak membawa borang berkaitan pengisytiharan bankrap.
PRK DUN Tanjong Datu diadakan berikutan kematian penyandangnya yang juga Ketua Menteri Sarawak kelima Tan Sri Adenan Satem, akibat komplikasi jantung pada 11 Januari lalu, di Pusat Jantung Sarawak, Kota Samarahan.
PRN Sarawak ke-11 Mei lalu menyaksikan Adenan, 72, memperoleh 6,360 undi mengalahkan calon PKR, Jazolkipli Numan dengan majoriti 5,892 undi, yang hanya meraih 468 undi.
Kira-kira 250 petugas pilihan raya dilantik untuk mengendali proses PRK yang dianggar menelan belanja RM997,919, yang mempunyai 9,959 pemilih berdaftar, terdiri daripada 9,771 pengundi biasa dan 188 pengundi awal.
Pengundian awal akan diadakan pada 12 Februari manakala hari mengundi akan diadakan pada 18 Februari.
Related Posts :
[Video Umno FITNAH Shafie LANUN, WARISAN Tekad Berjuang Tumbangkan Najib] FIC GLOBAL – PROJEK ASRAMA PELAJAR DI WEMBLEY, LONDON...Itu pun mereka nak 'BEDAL' jugak?Ahad, 29 Oktober 2017
FIC GLOBAL – PROJEK ASRAMA PELAJAR DI WEMBLEY, LONDON
FELDA ISYTIHAR BAYAR £34 JUTA BELI TANAH, TETAPI HANYA £20 J… Read More...
Berang diarah alih Vellfire, ‘Datuk Seri’ pukul 3 Rela
Bernama
3 anggota Rela masing-masing cedera di kepala, mata dan perut dalam kejadian di sebuah tokong di Jalan Ampang.
K… Read More...
[SKIM KERAJAAN NEGERI] Kenapa gambar ADUN PAS pada sampul skim Peduli Sihat Selangor?
Juwairiya melalui laman sosial Facebooknya sebelum ini memuat naik gambar beberapa keping sampul surat yang tertera logo dan tulisan Skim… Read More...
BAJET 2018 ADALAH BAJET PILIHANRAYA, PRU 14 BAKAL DIADAKAN SELEPAS JANUARI TAHUN DEPANshahbudindotcom
Apa yang menarik dalam bajet kali ini?
Itu adalah pertanyaan yang paling banyak terdengar di mana-mana sejak petang se… Read More...
Sembilan mangsa maut di Tapah dikenalpastiANTARAPOS
TAPAH: Sembilan mangsa yang maut dalam kemalangan van dan lori ais di Kilometer 45, Jalan Ipoh-Teluk Intan, dekat … Read More...
0 Response to "Pertandingan 3 penjuru di PRK Tanjong Datu"
Posting Komentar