Loading...

Pindaan Akta 355 : Dr Rozaime sahut cabaran at-Takiri untuk berhujjah

Loading...

Dr. Khairuddin At-Takiri dalam rakaman vdo yang saya sertakan di atas antara lain telah berkata:

"Tok Peti ni dia pening sokmo! Dia kawan saya... ngaji pun sekali... kawan baik... tapi dia pening!

" Dia menjadi modal kepada golongan liberal yg menentang RUU 355. Dia kata hari ini RUU 355 bukan hukum tuhan.. nak bantah pun tak apa kalau tidak setuju.

"Saya kata, Mufti ni dia pening nih - tak faham apa itu RUU 355!"

Khairuddin seterusnya telah mendakwa "RUU 355 bila diluluskan nanti di parlimen, membolehkan tiga undang-undang jenayah Islam : Undang-undang Qazaf. (Kesalahan tuduh orang berzina), Undang-undang Zina yg belum kahwin dan Minum arak dihukum berdasarkan al-Quran dan Sunnah Nabi. 

 Menurut atTakiri, pada masa kini, hukuman tiga kesalahan diatas itu hanya terbatas kepada 3 tahun penjara, Denda RM5,000 dan 6 kali sebatan. Maka pindaan Akta 355 adalah perlu agar selaras dengan hukuman Quran dan sunnah.

 Menurutnya lagi, pindaan akta tersebut antaranya akan dapat melaksanakan hukuman Allah :

i)  40 hingga 80 kali sebatan bagi orang yang meminum arak. 
ii) hingga 80 kali sebatan kepada orang yang menuduh qazaf 
iii) 100 sebatan kepada mereka yang belum kahwin melakukan zina.
iv) 3 tahun penjara dinaikan hingga jadi 30 tahun penjara
v) RM5,000 kepada RM100,00

At-Takiri berkata pindaan Akta 355 itu adalah wajib disokong kerana ia akan membolehkan hukuman Allah itu dapat dilaksanakan di peringkat negeri.

Seterusnya At-Takiri membidas Mufti Perlis dengan berkata, "Kalau ada Tok Peti kata sunnat, saya nak sekeh kepala dia!"

At-Takiri mencabar sesiapa pun untuk berhujjah dengannya mengenai isu pindaan Akta 355.

"Siapa pun yang menyatakan pinda Akta 355 harus, sunnat, makruh, haram, saya nak ajak berhujjah dengan saya!Saya berani berhujjah!

" Pinda Akta 355 adalah wajib! Bukan sunnat... bukan harus.... apatah lagi makruh atau haram! Wajib disokong kerana pinda Akta 355 itulah 3 kesalahan jenayah Islam dapat dihukum ikut Quran dan Sunnah Nabi SAW.... Takkanlah benda macam ini Mufti Perlis tak boleh faham?

"Hujjah ikut mana lagi melainkan tutup mata, tutup telinga!"

Dr Rozaimi Ramle sambut cabaran Dr Khairudin at-Takiri

 Cabaran At-Takiri itu telah disambut baik oleh Dr Rozaimi Ramle. Melalui satu status di fesbuknya Dr Rozaimi Ramle menyatakan :
Seorang sahabat memberikan potongan rakaman ini. Setelah menontonnya saya terkejut dengan bahasa yang digunakan sehingga nak sekeh kepala mufti.

 Di dalam video ini juga beliau mencabar mana-mana pihak untuk berhujah dengan beliau tentang isu kewajipan menyokong RUU 355 yang dibawa oleh MP Marang.

 Dengan rendah hati, saya menerima tawaran beliau untuk berdiskusi atau berwacana. Mungkin ada perkara yang beliau tahu yang saya tidak tahu maka saya boleh belajar dari beliau melalui diskusi ini.

 Penganjur, format dan lokasi diskusi akan ditentukan kemudian. Moga Allah menunjukkan kita kebenaran.

 Akhukum fillah.

 Dr Rozaimi Ramle
 Komen al-Husseyn :

Sebelum ini, Dr Rozaimi bersama beberapa rakannya termasuk Dr Juanda telah mengadakan pertemuan secara tertutup bersama 3 orang pimpinan PAS iaitu YB Dato' Takiyudin, YB Ustaz Nasrudin dan YB Datuk Dr Khairudin Aman Razali yang berlangsung di Hotel Seri Pacific, 25/10/2016 jam 5.00 petang.

 Dalam pertemuan tersebut Pas menyatakan antara lainnya :

1) Sikap PAS iaitu adalah WAJIB bagi org Islam menyokong pindaan Akta 355. Namun PAS tidak menghukum terhadap sesiapa jua yang mempunyai pandangan, ijtihad yang berbeza!

2) Kepada mereka yang menolaknya, maka PAS mengambil sikap untuk terus memberi penerangan dan berusaha meyakinkan mereka betapa usaha meminda Akta 355 ini wajib disokong tanpa mengambil pendekatan menjatuhkan hukum kafir dan sebagainya kepada mereka yang masih belum bersetuju. Pendekatan PAS ialah menerang dan berdakwah bukan menyerang dan menghukum. (Termasuklah tidak sekeh kepala sesiapa- al-Husseyn) Baca  di sini

  Kali ini biarlah perjumpaan dan perbincangan secara terbuka supaya rakyat dapat mendengar hujjah dari kedua belah pihak dalam isu tersebut untuk mendapatkan penjelasan yang tuntas mengenai isu pindaan Akta 355 ini.
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Pindaan Akta 355 : Dr Rozaime sahut cabaran at-Takiri untuk berhujjah"

Posting Komentar