Loading...

PM sepatutnya letak jawatan, BUKAN Menteri Kanan itu

Loading...
SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang sepatutnya meletakkan jawatan, bukannya menteri kanan negara yang perlu berbuat demikian.

Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub berkata, imej negara ketika ini terjejas begitu teruk akibat skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan ia bukannya isu direka-reka, malah menjadi bahan jenaka di peringkat antarabangsa.

“Sekiranya isu pengkhianatan amanah dan urus tadbir Malaysia Official 1 (M01) dan 1MDB berlaku di negara-negara yang mengamalkan sikap amanah tahap cemerlang seperti Iceland, New Zealand, Jepun, Sweden dan Singapura, sudah pasti presiden, perdana menteri dan menteri-menteri mereka telah meletakkan jawatan demi memelihara integriti serta maruah bangsa serta negara mereka.

“Dan sekiranya Malaysia telah memiliki indeks integriti yang membanggakan, bukan seorang menteri kanan, tetapi Najib lah yang sepatutnya meletakkan jawatan,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Kelmarin, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali mendakwa seorang menteri kanan berjumpanya dan menyatakan hasrat meletakkan jawatan.

Bagaimanapun, Najib dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menafikan perkara berkenaan. 

-Sinar Harian
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "PM sepatutnya letak jawatan, BUKAN Menteri Kanan itu"

Posting Komentar