Loading...
Presiden Wanita Melayu Islam Pertama Singapura? Rang Undang-Undang Pilihan Raya Presiden Singapura (Pindaan) diluluskan Parlimen pada Isnin dengan sokongan majoriti selepas hampir 3 jam dibahaskan 8 ahli Parlimen.
Pilihan raya presiden Singapura akan datang yang akan diadakan pada September tahun ini adalah sesuatu yang unik memandangkan ia diperuntukkan kepada calon orang Melayu selepas Yusof Ishak menjadi presiden Singapura yang pertama hampir 50 tahun lalu.
Presiden Wanita Melayu Islam Pertama Singapura? Topik siapa yang akan menjadi calon daripada masyarakat minoriti Melayu timbul semula. Bolehkah Halimah Yacob, wanita pertama Speaker Parlimen juga menjadi wanita pertama Presiden Singapura.
Ini boleh menjadi satu perkembangan yang unik bagi sejarah pilihan raya presiden Singapura.
Semasa membahaskan Rang Undang-Undang itu, Menteri di Pejabat Perdana Menteri Chan Chun Sing tersasul dan menyapa Halimah sebagai “Puan Presiden” dan bukannya “Puan Speaker”.
Kejadian itu berulang 2 kali, dan mendapat respons menggalakkan di kalangan ahli Parlimen dan selepas itu ia menjadi tular di internet dengan ada warga internet yang membalasnya dengan tajuk “Rakyat Singapura mengucapkan tahniah kepada Halimah Yacob kerana menjadi presiden yang baharu”.
Presiden Wanita Melayu Islam Pertama Singapura?
Pada waktu berita ini ditulis, Halimah masih belum menunjukkan sebarang minat untuk bertanding.
Bagaimanapun, tidak ada isu untuk beliau bertanding seolah-olah calon minoriti meninggalkan kawasan perwakilan kumpulannya (GRC), satu pilihan raya kecil tidak akan diadakan.
Perkara itu disahkan Chan memandangkan Halimah – sebagai satu contoh – merupakan anggota minoriti GRC Marsiling-Yew Tee.
Presiden Wanita Melayu Islam Pertama Singapura? Selain Halimah, beberapa tokoh masyarakat Melayu bagi sektor awam dan swasta dilihat calon berpotensi yang disebut-sebut akan menang. - fmt
Iklan
Loading...
0 Response to "Presiden Wanita Melayu Islam Pertama Singapura?"
Posting Komentar