Loading...

Rani Kulup Serbu Kedutaan Korea Utara

Loading...
Rani Kulup Serbu Kedutaan Korea Utara. Akhirnya “Raja Report” Malaysia Abdul Rani Kulup Abdullah turut serta ke dalam kancah isu pembunuhan Kim Jong Nam, apabila mengadakan bantahan di hadapan Kedutaan Korea Utara pagi ini.

Rani yang mengepalai Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) bersama beberapa gerakan lain tidak berpuas hati dengan kenyataan Duta Korea Utara Kang Chol sebelum ini, yang mendakwa negara bersekongkol dengan Korea Selatan dan “cuba menyembunyikan sesuatu” dalam isu itu.

Rani Kulup Serbu Kedutaan Korea Utara.  Disaksikan ramai wartawan termasuk media antarabangsa, beliau memasukkan memorandum bantahan ke dalam peti surat kedutaan tanpa bertemu mana-mana pegawai.

“(Korea Utara) kena steady-lah. Jangan tuduh sebelum siasat,” kata personaliti popular itu pada sidang media.

Katanya, Korea Utara tiada sebab untuk bimbang dengan bedah siasat Jong Nam kerana Malaysia memiliki kepakaran canggih yang diakui dunia.

Rani Kulup Serbu Kedutaan Korea Utara


Beliau menggesa polis menyiasat Kedutaan Korea Utara “hingga ke akar umbi” berhubung kenyataan tersebut dan menggesa pihak mereka menarik balik dakwaan.

Namun mengikut protokol antarabangsa, pihak kedutaan menikmati imuniti dan sebarang siasatan pihak berkuasa perlu melalui Kementerian Luar Negara.

Rani Kulup Serbu Kedutaan Korea Utara.  Beberapa minit selepas memasukkan memorandum ke dalam peti surat, 2 pegawai kedutaan keluar tetapi bukan untuk bertemu Rani, sebaliknya mengadakan sidang media berhubung soal lain, iaitu permohonan polis untuk mengambil keterangan 2 individu, termasuk setiausaha ke-2 kedutaan yang menjadi suspek pembunuhan Jong Nam. - fmt



Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image





Loading...

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Rani Kulup Serbu Kedutaan Korea Utara"

Posting Komentar