Loading...
Rupanya Ini Pembunuh Kim Jong-Nam Di KLIA2? Kematian misteri seorang warga Korea Utara di klia2 pada Isnin mencetuskan minat dalam peranan pembunuh upahan wanita yang dikatakan dilatih oleh rejim terpencil untuk membunuh musuh negara, lapor The Star.
Korea Utara diketahui menggunakan wanita sebagai sebahagian operasi rahsianya, termasuk membunuh dan memeras ugut.
Rupanya Ini Pembunuh Kim Jong-Nam Di KLIA2? The Star memberikan contoh Kim Hyun-hee yang kini hidup dalam buangan, dalam temu bual bersama ABC News Australia pada April 2013, mendedahkan bagaimana ketika berusia 25 tahun, beliau dilatih oleh rejim organisasi intipan terpencil untuk melaksanakan pengeboman penerbangan 858 Korean Air yang membunuh 115 orang pada 1987.
Serangan itu dilaporkan dirancang untuk menghalang pasukan luar mengambil bahagian dalam Olimpik 1988 di Seoul, Korea Selatan.
Wanita itu dan teman pengkomplotnya ditahan di Bahrain, dan kedua-duanya menelan pil sianida kerana rela membunuh diri, daripada ditangkap.
Bagaimanapun, beliau terselamat dan selepas membelot, kini beliau menetap di lokasi rahsia di Korea Selatan dikelilingi pengawal kerana bimbang dibunuh pembunuh upahan Korea Utara.
Penyiasat kini menyiasat jika pembunuh upahan wanita turut terbabit dalam kematian misteri seorang warga Korea Utara yang di pasportnya tertera nama Kim Chol, 46, dengan pasport bernombor 836410070, dari Pyongyang.
Rupanya Ini Pembunuh Kim Jong-Nam Di KLIA2?
Laporan menunjukkan Kim Chol, yang sebenarnya Kim Jong-Nam, abang tiri kepada pemimpin Korea Utara Kim Jong-Un. Jong-Nam dilaporkan hidup dalam buangan di Macau dan dalam perjalanan pulang ke sana dari Kuala Lumpur apabila dia tiba-tiba sakin di lapangan terbang.
The Star turut melaporkan 2 wanita berkulit cerah, kedua-duanya rambut paras bahu, berjalan menuju ke arah Jong-Nam yang tidak mengesyaki apa-apa, dan menyerkup mukanya dan menyimbah sejenis cecair sebelum meninggalkan mangsa dan meninggal dunia beberapa jam selepas itu.
Salah seorang wanita itu berbaju putih, skirt jeans dan beg sandang belakang biru. Wanita kedua berbaju biru dan seluar jeans. Kedua-duanya dipercayai mirip wanita Korea.
Selepas bertindak seberani itu, mereka keluar dari terminal klia2 dan menaiki teksi, lapor The Star.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Fadzil Ahmat memberitahu Bernama mangsa dilihat bersusah payah meminta bantuan dan dibantu penyambut tetamu di lapangan terbang ketika matanya seperti terbakar akibat cecair berkenaan.
Lelaki itu kemudian dibawa menaiki ambulans tetapi meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya. Polis kini sedang menunggu laporan bedah siasat untuk mengenal pasti punca kematian dan juga penyerangnya yang dipercayai melarikan diri dengan teksi.
Rupanya Ini Pembunuh Kim Jong-Nam Di KLIA2?
The Star turut melaporkan tidak semua ejen wanita yang bekerja dengan Korea Utara digunakan untuk tujuan keganasan. Pada 2014, bekas pegawai elit Korea Utara mendedahkan negara itu menjalankan operasi “program pembawa benih”.
Dalam program itu, menurut laporan Telegraph, pelawat berkedudukan tinggi ke Pyongyang akan disediakan dengan “teman” yang cantik dan beberapa bulan kemudian, akan diperas ugut dengan berita kehamilan.
Rupanya Ini Pembunuh Kim Jong-Nam Di KLIA2? Mengambil kesempatan atas peras ugut itu, kerajaan Korea Utara akan mendesak mendapatkan berita yang dimahukan atau peluang perniagaan dengan wartawan atau ahli perniagaan yang disasarkan. - fmt
Iklan
Loading...
0 Response to "Rupanya Ini Pembunuh Kim Jong-Nam Di KLIA2?"
Posting Komentar