Loading...

Surat terbuka kepada Hj Hadi

Loading...
  Naib Pengerusi Amanah Kelantan, Che Ibrahim Mohamed, telah menulis surat secara terbuka kepada Presiden Pas, Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang ; memohon penjelasan kerana memberi ruang kepada bekas Naib Presiden Pas yang telah dipecat, Dr Hasan Ali berucap  pada himpunan RUU 355 di Padang Merbuk pada 18 Februari lalu.

 Ini adalah kerana, bekas Naib Presiden Pas yang telah dipecat itu melalui satu rakaman VDO telah menuduh Dato’ Seri Azmin Ali berkongsi isteri?

 Hasan Ali telah menuduh dengan menggunakan ungkapan:
 "Azmin share, berkongsi isteri dengan orang lain..."
 Memandangkan tuduhan tersebut adalah salah satu dari pelanggaran syariah, Che Ibrahim menggesa agar Dewan Ulama’ PAS Pusat sebagai badan yang bertanggungjawab memberi penjelasan berkaitan dengan ucapan tersebut dalam masa terdekat.

Berikut petikan dari surat terbuka Che Ibrahim Mohamed kepada Presiden Pas, Hj Hadi :

Assalamualaikum w.b.r

 YB Dato’ Seri,

 HIMPUNAN RUU 355 BAGI MEMPERKASAKAN UNDANG-UNDANG              SYARIAH ISLAM DI MALAYSIA 

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani dan dengan iringan doa moga sentiasa diberi hidayah oleh Allah bagi melaksanakan amanah kepimpinan yang telah dipikul ke atas bahu YB Dato’ Seri. 

2. Dengan cita-cita dan harapan sebagaimana di atas, saya terpanggil untuk memohon penjelasan YB Dato’ Seri Tuan Guru apakah kewajaran di dalam majlis seperti ini diberi ruang untuk berucap kepada YBrs Dato' Dr Hassan Ali yang mana umum mengetahui beliau pernah berucap secara terbuka sebagaimana pautan ini https://www.youtube.com/watch?v=zhhvYnUssyo yang telah menuduh YAB Dato’ Seri Azmin Ali berkongsi isteri. 

3. Apakah sikap dan pendirian PAS berkaitan dengan ucapan YBrs. Dato' Hassan Ali ini khususnya bila tuduhan dibuat kepada Ketua Kerajaan Negeri Selangor yang mana PAS adalah sebahagian dari anggota kerajaannya. 

4. Memandangkan tuduhan yang dibuat oleh YBrs. Dato’ Dr Hassan Ali ini adalah salah satu dari pelanggaran syariah yang sama-sama kita perjuangkan, maka adalah wajar Dewan Ulama’ PAS Pusat sebagai badan yang bertanggungjawab memberi penjelasan berkaitan dengan ucapan tersebut dalam masa terdekat.

 Di atas kerjasama dan perhatian segera YB Dato’ Seri, saya terlebih dahulu mengucapkan ribuan terima kasih.

 Sekian Wassalam,

“ISLAM RAHMAT UNTUK SEMUA” 

Yang Benar, 
tt Che Ibrahim Mohamed 
Naib Pengerusi Parti Amanah Negara Negeri Kelantan.
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Surat terbuka kepada Hj Hadi"

Posting Komentar