Loading...

Suspek Kes Bunuh Kim Jong Nam Didakwa Esok

Loading...
Suspek Kes Bunuh Kim Jong Nam Didakwa Esok. Dua suspek wanita yang ditahan polis dalam siasatan kes pembunuhan Kim Jong Nam akan dihadapkan ke mahkamah di Sepang esok, menurut Jabatan Peguam Negara.

Ia susulan kertas siasatan sudah diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan lanjut semalam.

Jong Nam, abang tiri kepada diktator Korea Utara, Kim Jong Un, diserang 2 wanita ketika berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2), Sepang, pada 13 Feb.

Suspek Kes Bunuh Kim Jong Nam Didakwa Esok. Kematian beliau mencetuskan krisis diplomatik Malaysia dan Korea Utara, berikutan dakwaan Jong Nam dibunuh atas arahan Pyongyang yang dikatakan tidak menyenanginya.

Polis sehingga kini menahan 4 suspek membantu siasatan kes itu. Mereka ialah wanita Vietnam, Doan Thi Huong, Siti Aisyah dari Indonesia, temannya Muhammad Farid Jallaludin (Malaysia) and warga Korea Utara, Ri Jong Chol.

Farid dibebaskan dengan jaminan polis, manakala Tempoh reman Doan dan Siti akan tamat Rabu ini, dan Ri pula pada Jumaat ini.

Suspek Kes Bunuh Kim Jong Nam Didakwa Esok


Sin Chew Daily melaporkan tempoh reman 3 suspek itu akan tamat tidak lama lagi dan polis perlu mendakwa mereka secepat mungkin.

Akhbar itu berkata siasatan dikendalikan Cawangan Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Sepang dan Cawangan Khas (SB) serta Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

Suspek Kes Bunuh Kim Jong Nam Didakwa Esok. Jumaat lalu, polis mengumumkan laporan analisis awal Jabatan Kimia Malaysia yang mendapati bahan kimia Ethyl S-2-Diisopropylaminoethyl Methylphonothiolate atau agen saraf VX digunakan dalam pembunuhan Jong Nam. - fmt



Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image





Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Suspek Kes Bunuh Kim Jong Nam Didakwa Esok"

Posting Komentar