Loading...
PUTRAJAYA 22 Jan. - Kementerian Pendidikan mengalu-alukan syarikat swasta untuk menjalankan tanggungjawab sosial korporat (CSR) dalam penyediaan kemudahan mesra orang kelainan upaya (OKU) di sekolah.
Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, sumbangan berkenaan amat dihargai memandangkan terdapat 76,166 orang murid berkeperluan khas (MPK) di sekolah-sekolah seluruh negara.
"Kita anggap ini satu CSR yang sangat baik, saya mengalu-alukan kalangan pihak swasta termasuk bank yang bersedia melakukan tanggungjawab sosial seumpamanya," katanya selepas menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara RHB Foundation dengan Kementerian Pendidikan di sini hari ini.
Hadir sama, Pengarah Urusan Kumpulan RHB yang juga merupakan Pengerusi RHB Foundation, Datuk Khairussaleh Ramli.
Menerusi kerjasama berkenaan, RHB Foundation memberi sumbangan bernilai RM500,000 untuk menyediakan kemudahan mesra OKU di lima sekolah terpilih di Kuala Lumpur dan Selangor. - UTUSAN ONLINE

0 Response to "Swasta dialu-alukan bantu kemudahan mesra OKU di sekolah"
Posting Komentar