Loading...

TERKORBAN KERANA 1MDB MEREKA YANG TERKORBAN

Loading...
Najib tetap dipuja dan disanjung...
 1. Antara tokoh yang telah terkorban, DIPECAT dari jawatan dan parti kerana BERTANYA soalan-soalan mengenai 1MDB di dalam pertemuan UMNO, dalam mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO dan di Parlimen ialah Tan Sri Muhyiddin Yasin dari Johor, Dato Panglima Shafie Apdal dari Sabah, dan Dato' Seri Mukhtiz Mahathir dari Kedah. 

 2. Tokoh yang di DIPENJARA, DIMUFLISKAN, DIDAKWA dalam mahkamah dan DIPECAT dari menjadi ahli UMNO kerana membawa kes 1MDB untuk DISIASAT oleh pihak polis ialah Dato' Paduka Khairuddin Abu Hasan dari Pulau Pinang; sementara Anina Saaduddin dari Kedah yang juga telah BERTANYA dan melaporkan kepada polis perkara yang berkaitan dengan 1MDB juga telah DIPECAT dari UMNO. 

 3. Dari kalangan pemimpin di peringkat UMNO Bahagian yang sejak awal mendukung kegiatan Tun Dr. Mahathir Muhammad untuk menggantikan pemimpin kerajaan yang didapati meleset, menyeleweng, tidak amanah dan tidak berkemampuan, ialah Cikgu Kamarulazman Habibullah dari Negeri Sembilan dan Syed Saifuddin Harman dari Selangor. Mereka telah DIPECAT dari menjadi ahli UMNO kerana mewujudkan pasukan Gerakan Ketua-Ketua Cawangan (GKCM) di peringkat Bahagian dan Negeri untuk menegur dan memberi kesedaran kepada ahli-ahli UMNO peringkat akar-umbi supaya turut menegur pemimpin. Cikgu Kamarulazman DIBEKU jawatannya dan Syed Saifuddin TIDAK DISAMBUNG khidmat cemerlangnya kepada JASA. 

 4. Selain Dato' Seri Mukhriz yang di PECAT dari jawatan Menteri Besar Kedah, terlebih awal Dato' Seri Ahmad Said, telah DIPECAT dari jawatan Menteri Besar Trengganu kerana TIDAK MENYETUJUI konsesi minyak di Trengganu dijadikan harta cagaran untuk 1MDB mendapat pinjaman. 1MDB, yang sebelumnya bernama TIA (Trengganu Investment Authority) telah diambil-alih sahamnya dari Kerajaan Negeri Trengganu oleh Menteri Kewangan Kerajaan Persekutuan. Dato' Seri Ahmad Said telah mengesahkan bahawa, walaupun negeri Trengganu dahulunya turut memiliki TIA tetapi, sebarang perlantikan dan keputusan atas nama TIA tidak pernah dirujuk kepada Kerajaan Trengganu. Inilah yang menyebabkan saham TIA yang dimikili oleh kerajaan negeri Trengganu telah dijual kepada Kerajaan Pusat dan TIA ditukar nama menjadi 1MDB. 

 5. Senator Ezam Muhd Nor, dari Selangor, yang bertugas sebagai pegawai khas di Kementerian Kewangan telah juga MELETAK JAWATAN kerana keciwa dengan KEGAGALAN PROGRAM TRANSFORMASI yang dijanjikan oleh Dato' Seri Najib sebagai Perdana Menteri. Beliau menyatakan - SEMUA YANG TUN DR. MAHATHIR KATAKAN ADALAH BETUL DAN TEPAT BELAKA. MENTERI KEWANG YANG BERTANGGUNGJAWAB 

 6. Setelah berbagai pendedahan dilakukan baik diperingkat nasional atau internasional, dan kerana merasa bertanggungjawab sebagai Menteri Kewangan Kedua Dato' Seri Husni Nadzahlah dari Perak telah MELETAKKAN JAWATANNYA. Beliau telah BERTANYA beberapa soalan pokok di dalam Parlimen dan kini MASIH BELUM DIPECAT dari keahlian UMNO walaupun beliau telah BERHENTI dari berbagai jawatan lain di dalam UMNO di peringkat Bahagian, Negeri dan Pusat. 

 7. Berhentinya Dato' Seri Husni sebagai seorang yang berpendidikan dan berpengalaman sebagai BANKER dan MENTERI KEWANGAN 2, tanpa perlu dipecat, adalah satu pukulan besar kepada Kerajaan Barisan Nasional dan UMNO. Najib tidak boleh mengatakan Husni bersalah kerana - HUSNI LEBIH FAHAM MENGENAI KEWANGAN DAN PERBANKAN DARIPADA NAJIB. 

8. Dengan sendirinya - PROSES MENEBUS MARUAH BANGSA MELAYU YANG DIBANGSATKAN SUDAH BERMULA.

 KEGELISAHAN DAN KERESAHAN HIDUP DENGAN TEKANAN BEBAN EKONOMI YANG DIHADAPI OLEH RAKYAT MALAYSIA MASAKINI SEMUANYA BERMULA DENGAN 1MDB9INSTITUSI PUAKA BERNAMA 1MDB 

9. Isu 1MDB telah menghantui bangsa Melayu dan negara Malaysia sejak begitu lama.

10. Ia telah mempopularkan negara kita dengan imej yang buruk dan bersifat bangsat. Indonesia yang mempunyai rekod memenjarakan 9 orang Menteri, 19 orang Gubenor dan 100 Ahli Parlimen mentertawakan kita kerana kita mengalahkan mereka dalam senarai negara yang rekod rasuahnya tertinggi di dunia.

  KITA BERI KEUNTUNGAN BESAR KEPADA YAHUDI

 11. Bukan sahaja 1MDB telah meminjam RM42 bilion (atau 42,000 juta Ringgit) dari GOLDMAN SACHS sebuah BANK MILIK YAHUDI yang dilaknat Allah, tetapi juga dengan dikenakan komisyen 10% (RM4.2 billion) yang tersangat tinggi dan yang tidak pernah terdengar berlaku di dunia, dalam sejarah peminjaman wang kepada sebuah institusi milik kerajaan dan pinjamannya juga dijamin oleh kerajaan. Malahan pinjaman itu boleh diurus secara percuma oleh Bank Negara Malaysia.

  KITA BAYAR RIBA YANG TERLALU TINGGI 

12. Pinjaman ini, yang diurus oleh pihak YAHUDI dikenakan pula RIBA pada kadar 6.5% setahun sedangkan pinjaman sedemikian, iaitu pinjaman yang dijamin oleh kerajaan, jika diuruskan oleh Bank Negara Malaysia, atau sindiket bank tempatan boleh diperolehi dengan faedah kurang dari 2 peratus.

PINJAMAN DIBUAT SECARA SEMBUNYI DARI KABINET

 13. Wang pinjaman ini pula dibuat TANPA DIKETAHUI oleh Kabinet tetapi dengan keputusan Menteri Kewangan, yang dilantik untuk memegang jawatan itu oleh Perdana Menteri, iaitu orang yang sama.

 14. Apakah Perdana Menteri melantik dirinya sebagai Menteri Kewangan untuk membolehkan beliau melakukan sekehendak hati beliau hanya untuk memecah amanah rakyat untuk beliau memimpin negara dengan bijak, telus dan berintegriti?

  PERANAN ISTITUSI KERAJAAN DIBATASKAN

 15. Usaha menyembunyikan segala maklumat yang berkaitan dengan 1MDB jelas kelihatan dengan merahsiakan terus segala butiran fakta yang ditemui oleh pihak Bank Negara Malaysia, Juruodit Negara, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara, Polis Di Raja Malaysia dan Suruhanjaya Pencegah Rasuah.

 16. Pendedahan yang dibuat secara meluas oleh jabatan dan agensi kerajaan di luar negara terpaksa diketepikan dan dihalang dari tersiar dalam media perdana, walaupun ianya berkaitan dengan kepentingan Negara Malaysia. Tidakan undang-undang ke atas penjenayah berkaitan 1MDB, telah dan sedang diambil di luar negara berkaitan, kerana penjenayah-penjenayah itu telah melanggar dan mengganggu sistem kewangan negara berkenaan. Kita merahsiakan kepada masyarakat tempatan semua tindakan ke atas penjenayah-penjenayah itu sseolah-oleh yang melakukan jenayah itu ialah kita sendiri.

 17. Kerajaan Barisan Nasional tidak mengambil tindakan ke atas Sarawak Report, New York Times, Wall Street Journal dan ratusan media di luar negara khususnya Amerika Syarikat, Switzerland dan Singapura yang mendedahkan jenayah berkaitan 1MDB. Keengganan mengambil tindakan ini pastinya kerana bimbang jika tindakan diambil maka kisah 1MDB tidak dapat dirahsiakan lagi. Jika yang dituduh dan dicela dalam media asing itu tidak bersalah maka mengambil tindakan undang-undang ke atas mereka bukan sahaja dapat membersihkan nama negara kita tetapi juga pihak yang memfitnah kita (jika betul itu fitnah) terpaksa menanggung rugi dengan membayar denda yang sudah tentu beratus juta ringgit sesuai dengan 'fitnah' yang dilemparkan. Soalnya ialah, 'Kenapa kita takut bertindak sedangkan dengan tidak bertindak kita menanggung kerugian.'

 18. Segala Akta yang ada telah dan akan terus diguna untuk meneruskan penyembunyian ini.

 19. Pihak Polis Di Raja Malaysia dihalang untuk mengambil tindakan dan diperalatkan untuk menahan mereka yang diketahui membocorkan rahsia yang mendedahkan kebenaran salahlaku 1MDB; pihak Peguam Negara pula menjadi penghalang atas apa jua tindakan untuk diambil ke atas pihak yang kesalahannya berkaitan dengan 1MDB.

DIMANA LETAKNYA PERANAN RAJA?

20. Nasihat Majlis Raja-Raja Melayu mengenai pindaan Akta, walaupun yang menyentuh kuasa mereka juga diketepikan oleh Peguam Negara yang lantikannya berlaku hanya dengan persetujuan DYMM SPB Yang Di Pertuan Agong.

 21. Jika dalam perkara yang begitu penting dan menyentuh kepentingan dan kuasa raja pun pihak kerajaan dapat mengenepikan tanpa ambil peduli sudah tentu dalam perkara-perkara lain juga kelihatannya raja-raja Melayu tidak dapat memainkan peranan. - Sanusi Junid ( bersambung lasgi....)
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "TERKORBAN KERANA 1MDB MEREKA YANG TERKORBAN"

Posting Komentar