Loading...

Tolak RUU 355 syirik?

Loading...
Oleh Che Ibrahim Mohamed 

 Agak malang bila jemaah masjid cuba dikelirukan bahawa RUU 355 ada kaitannya dgn hukum Allah, penolakannya boleh membawa kpd syirik. Ketahuilah bahawa;

 1. RUU 355 tidak ada kaitan dengan undang undang jenayah mengikut syariah Islam. Ianya hanya sekadar untuk menambah hukuman yang sedia ada di mahkamah syariah.

2. RUU 355 juga tidak ada kaitan dengan Kanun Jenayah Syariah (II)(1993) 2015 yg diluluskan dalam Dun Kelantan pada 19/3/2015, ianya dikemukakan bagi membolehkan hukuman dalam Kanun Jenayah Syariah 1985 boleh dinaikkan sehingga 30 thn penjara, RM100,000 denda dan 100 kali sebat.

 3. Hukuman sebat 100 kali, walaupun ada asasnya dalam Islam, namun cadangannya yang hanya untuk dikenakan ke atas kesalahan zina, minum arak dan qazaf adalah tidak menepati kehendak Islam kerana hukuman sebat dlm Islam tidak dikhususkan kepada kesalahan tersebut sahaja.

 4. Hukuman denda yang dinaikkan sehingga RM100,000 dan penjara 30 thn bukan berasal daripada hukum syarak. Ianya hanya kuasa pemerintah berdasarkan kehendak dan kepentingan semasa. Tidak ada apa apa dalil samada Al quran, al Hadis, Ijma', Qias atau ijtihad mana mana ulama yang menunjukkan sedemikian.

 Negara yang nak dilaksanakan hukuman Islam itu sendiri tidak beramal dengan syariah Islam, Mahkamah Syariah itu pun tidak ditubuhkan berasaskan syariah Islam, Kanun Jenayah Syariah 1985 pula tidak digubal berasaskan hukum jenayah Islam, tiba tiba kita bersungguh sungguh untuk menjatuhkan hukuman mengikut syariah Islam.

Komen al-Husseyn :

 Kalau pindaan Akta 355 itu wajib kenapa ditangguh tangguh hingga dua kali bila diberi peluang?? Bincanglah dalam parlimen, bukan bawa ke padang burung.
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Tolak RUU 355 syirik?"

Posting Komentar