Loading...

Tular Gambar Hantu main Buaian di Pantai Batu Buruk, Terengganu

Loading...

Kuala Terengganu: Datuk Bandar Kuala Terengganu, Mohd Zulkifli Abu Bakar, menafikan gambar menyerupai hantu bermain buaian di Pantai Batu Buruk yang tular di media sosial sejak awal minggu ini.
Selain itu, beliau juga menolak dakwaan bahawa Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) akan melupuskan kesemua buaian yang terdapat di pantai itu berikutan kehadiran mahkhluk ghaib terbabit.
Menurutnya, gambar yang ditularkan sejak awal minggu ini disahkan tidak benar dan hanya rekaan dengan tujuan untuk menakutkan orang ramai yang berkunjung ke pantai terbabit.
"Dakwaan itu tidak benar malah MBKT akan menambah empat set buaian lagi di kawasan itu termasuk tiga di hadapan bazar jualan Batu Buruk dan satu di gigi air.
"Perancangan kami adalah untuk menyediakan lapan set buaian di situ selain 10 kerusi kayu cengal," katanya ketika dihubungi Harian Metro, di sini, hari ini.
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Tular Gambar Hantu main Buaian di Pantai Batu Buruk, Terengganu"

Posting Komentar