Kumpulan berkenaan turut membawa pelbagai sepanduk bertulis Selamatkan Maruah Bola Sepak Pulau Pinang dan Kami Mahu Yang Berhormat Berundur Diri.
Wakil kumpulan berkenaan, Zamzuri Ibrahim berkata, mereka kecewa dengan tindakan Presiden baharu, Zairil Khir Johari yang mengelak untuk bertemu penyokong bagi mendapatkan penjelasan tentang prestasi buruk skuad Harimau Kumbang.