Loading...
Perjuangan maqasid bakal kalahkan takfiri, kata Amanah
Mohamad yakin perjuangan maqasid syariah yang dibawa partinya kalahkan perjuangan berasaskan takfiri di negara ini.
Presiden Amanah, Mohamad Sabu yakin perjuangan yang dibawa partinya akan menang tidak lama lagi berbanding dengan perjuangan golongan takfiri (suka mengkafirkan pihak lain).
"Pemikiran maqasid syariah akan berlawan dengan pemikiran takfiri, dan pemikiran maqasid akan menang kerana pemikiran takfiri sudah sampai ke hujungnya," kata Mohamad Sabu, Presiden Amanah.
Mohamad berkata demikian ketika berucap di Nadwah Ulamak Nahdhah Jadidah (NUNJI'17) di Kompleks Belia dan Kebudayaan Shah Alam, Selangor semalam.
"Golongan Khawarij menekankan soal syariat tanpa menghiraukan persoalan maqasid syariah. Adapun kita dari golongan Ahlus Sunnah Wal Jamaah menerima syariat mestilah bersekali dengan maqasid syariah," kata Wan Ji Wan Husin dalam program itu.
Nunji'17 yang merupakan kali kedua diadakan selepas penganjuran kali pertama pada 2015 menampilkan beberapa pembentang kertas kerja dalam persidangan sehari ini.
Antara pembentang kertas kerja ialah Datuk Dr Mujahid Yusuf Rawa dengan tajuk Kerangka Awal Fiqh Siasi Manhaj Malaysia; Kertas Kerja 2 oleh Ustaz Wanji Wan Husin dengan tajuk Memahami Disiplin Maqasid; Kertas 3 oleh Datuk Prof Dr Siddiq Fadzil dengan tajuk Siasah Syariyyah Dalam Pembentukan Negara Bangsa.
Turut dijemput pembentang kertas kerja ke-4 dari luar negara iaitu Dr Jasser Auda dengan tajuk Negara Madani dan Referensi dalam Prinsip Islam dan Maqasid Syariah.
Loading...
Related Posts :
[PM tiada TELOR] Sikap kerajaan Sarawak tidak baik untuk negara KUALA LUMPUR- Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub mendakwa tindakan Kerajaan Sarawak menghantar sepasukan peguam ke London berhubun… Read More...
PAS perlu jadi anak jantan!AL-ABRO MOHD YUSUF Hanya ada satu kata: demo! Selain ia adalah cara menegaskan langkah dan memperkukuhkan kuda-kuda haraki,… Read More...
Interpretasi penghakiman Batu Puteh: Laut China Selatan mungkin jadi wilayah Singapura?Mohd Hazmi Mohd Rusli, Astro Awani Jika ICJ mengiktiraf Batu Puteh sebagai pulau, Singapura boleh mengambil 200 batu nautika Zon Perairan … Read More...
KECOH Mat Sabu TIDAK DUDUK MEJA VIP di Rumah Terbuka Selangor KUALA LUMPUR – Setelah tersebarnya gambar Mohamad Sabu di Rumah Terbuka Selangor semalam memaparkan beliau tidak duduk di meja VIP dan ma… Read More...
Nafi anjur Himpunan Bantahan Campur Tangan Kuasa Asing… Read More...
0 Response to "[Video] Perjuangan maqasid bakal kalahkan takfiri, kata Amanah"
Posting Komentar