Loading...
9 Rakyat Malaysia Selamat Tiba Dari Korea Utara. Detik yang melegakan bagi juruterbang Leftenan Kolonel Hasrizan Kamis ialah apabila pesawat yang membawa 9 rakyat Malaysia mendapatkan “lampu hijau” untuk berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pyongyang.
Pesawat Bombardier Global Express milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) itu sepatutnya berlepas pada 6.30 petang waktu Malaysia Khamis namun jadual penerbangan itu ditunda kepada 7.45 malam (waktu Malaysia).
9 Rakyat Malaysia Selamat Tiba Dari Korea Utara. “Puncanya tidak diketahui tapi memandangkan kita berada di negara orang, kita ikut saja kehendak mereka,” katanya yang ditemui media selepas berjaya mendaratkan pesawat itu dengan selamat di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini awal Jumaat.
Pesawat khas itu ditugaskan untuk misi membawa pulang petugas kedutaan Malaysia di Korea Utara dan ahli keluarga mereka selepas dihalang meninggalkan negara itu susulan krisis diplomatik antara Kuala Lumpur dan Pyongyang.
Hasrizan dan kru penerbangan, yang dimaklumkan mengenai tugasan tersebut pada Isnin lepas, tidak memakai pakaian seragam TUDM, sebaliknya hanya berpakaian kru penerbangan biasa kerana tidak mahu menimbulkan masalah dengan pihak berkuasa negara itu.
9 Rakyat Malaysia Selamat Tiba Dari Korea Utara
Pesawat itu singgah di Lapangan Terbang Antarabangsa Fuzhou Changle di China untuk mengisi minyak sebelum meneruskan perjalanan ke Malaysia, katanya.
“Syukurlah akhirnya kita sampai Malaysia walaupun ada tunda,” katanya.
Ini merupakan misi kedua seumpamanya dilaksanakan Hasrizan selepas misi membawa pulang rakyat Malaysia dari Libya pada 2011.
Pesawat membawa 9 rakyat Malaysia selamat tiba di KLIA pada pukul 5.03 pagi ini.
Mereka ialah pembantu peribadi duta besar, Noor Saaidah Jamaluddin, 29; suaminya Mohd Radzuan Othman, 29, serta bayi mereka Mohamad Radhiy berusia 8 bulan; S. Nirmala Malar Kodi, 45, (pegawai tadbir); Mohd Nor Azrin Md Zain, 37, (kaunselor), isterinya, Iza Karmila Ramli, 35, serta 3 anak iaitu Annur Zulaikha, 6, Aynor Zhafirah, 5, dan Ayscha Zinnirah, 3.
9 Rakyat Malaysia Selamat Tiba Dari Korea Utara
Krisis hubungan diplomatik antara kedua-dua negara tercetus selepas Duta Korea Utara di Malaysia, Kang Chol diarahkan pulang kerana mengkritik pihak berkuasa negara ini berhubung penyiasatan kematian Kim Jong Nam, abang kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un.
Pada 13 Februari lepas, Jong Nam didakwa dibunuh 2 wanita warga asing ketika berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) untuk menaiki pesawat ke Macau. - fmt
Iklan
Loading...
0 Response to "9 Rakyat Malaysia Selamat Tiba Dari Korea Utara"
Posting Komentar