Loading...

ADUN TAK ADA MARUAH MACAM KOMINIS

Loading...
Perkataan 'tok lebai' cetus kekecohan
Lau Weng San
Lau Weng San - Sumber Internet
 
SHAH ALAM - Sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Selangor di sini hari ini kecoh seketika apabila seorang anggota dari DAP mengeluarkan perkataan 'tok lebai' yang disifatkan menyentuh sensitiviti umat Islam di negara ini.     

Lau Weng San (DAP-Kampung Tunku) ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Sultan Selangor, menyebut perkataan 'tok lebai' yang merujuk kepada individu tertentu yang menjadi punca ketidaktentuan ekonomi negara dan kejatuhan nilai ringgit.     

Datuk Sulaiman Abdul Razak (BN-Permatang) kemudian bangun mencelah dan menegur Weng San untuk tidak menggunakan perkataan itu lagi sebab ia seolah-olah menghina agama Islam.    

"Dalam agama Islam, 'tok lebai' merujuk kepada agamawan, ahli cendekiawan agama dan paling tidak tok imam," katanya.      

Namun, Weng San enggan menerima teguran Sulaiman sehingga menyebabkan kedua-dua wakil rakyat berkenaan bertikam lidah sebelum Timbalan Speaker Dun, Mohd Shafie Ngah meminta mereka duduk serta meminta Weng San menarik semula perkataan itu.     

Weng San kemudian memohon maaf jika tindakan beliau itu menyinggung perasaan umat Islam.   
  
Istilah 'tok lebai' menjadi popular selepas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menerusi akaun twitternya baru-baru ini merujuk seorang invidu sebagai 'tok lebai' yang dikatakan bercita-cita hendak menawan Selangor.    

"Ada tok lebai nak tawan Selangor. Kawasan sendiri pun kalah tersungkur," kata Mohamed Azmin. - Bernama
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "ADUN TAK ADA MARUAH MACAM KOMINIS"

Posting Komentar