Loading...

AKIBAT DENDAM KOT ?

Loading...
NAMPAK SANGAT DENDAM
 
Speaker Dun Kelantan halau Husam
Speaker Dun Kelantan halau Husam

KOTA BHARU - Sidang Dun Kelantan hari ini kecoh  apabila  Speker Dun, Datuk Abdullah Yakob mengarahkan Datuk Husam Musa (Amanah-Salor) dihalau dari dewan.

Ia berlaku ketika mana Husam memohon mencelah semasa sesi penggulungan yang dilakukan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.

Abdullah terdahulu melarang Husam daripada mengganggu ucapan Ahmad, namun tindakan Adun Salor terus bangkit menyebabkan beliau mengarahkan bentara membawa  Husam keluar dewan.

Husam ketika ditemui di luar dewan kecewa dengan tindakan Speaker yang disifatkan tidak menjalankan amanah dengan sewajarnya.

"Saya hanya ingin tanya kelayakan Exco agama  yang terdahulu mengeluarkan  isu Fekah , (baiah) tindakan itu tidak wajar tetapi saya bangga," katanya.

Sementara itu, Ahmad berkata, Husam sepatutnya menggunakan peluang untuk membahaskan isu semalam.

"Setiap ahli kena pengikut peraturan,  kita sudah bekalkan buku.

"Bagaimanapun kita perlu menghormati keputusan speaker," katanya.
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "AKIBAT DENDAM KOT ?"

Posting Komentar