Loading...

Ary Malik Meninggal Dunia

Loading...

Ary Malik Meninggal Dunia. Selebriti popular, Ary Malik telah menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 7.17 malam tadi di Hospital Ampang, Selangor. Perkara itu disahkan suaminya, Shahrul Nizam Shaharuddin kepada media sebentar tadi.

Ary Malik Meninggal Dunia. Allahyarham yang menghidap kanser ovari sejak setahun lepas telah dimasukkan ke Hospital Ampang sejak 18 Februari lalu.

Namun, keadaannya bertambah kritikal sejak dua hari lalu apabila tidak sedarkan diri.

Timbalan Presiden Persatuan Seniman Malaysia, Zack Kool menerusi kiriman aplikasi Whatsapp berkata, jenazah akan dibawa ke Masjid Kem Wardieburn untuk dimandi dan dikafankan.

Ary Malik Meninggal Dunia


Jenazah dijangka dikebumikan malam ini di Tanah Perkuburan Taman Ibu Kota, Kuala Lumpur.

Ary atau nama sebenarnya Nurita Maliha Aryanee Malik, 46, sebelum ini begitu menyerlah dalam bidang lakonan dan pengacaraan disahkan menghidap kanser ovari sejak setahun lalu, selepas melakukan pembedahan yang disangka hanyalah ketumbuhan biasa.

Kakak kepada penyanyi Min Malik yang popular dengan lagu Flora Cinta ini mengorak langkah sebagai pelakon menerusi drama bersiri Kolej yang ditayangkan awal tahun 2000 lalu.

Ary Malik Meninggal Dunia


Peserta Masterchef Selebriti musim pertama ini meninggalkan tiga cahaya mata Nur Zoe Iman Malik, 19, Dinda Pelangi Timor Malik, 13 dan Ratu Chinta Mecca Malik, 11.

Al-fatihah..




Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Ary Malik Meninggal Dunia"

Posting Komentar