Loading...

BENTANG RUU PADA SIDANG INI

Loading...
Pas harap RUU355 dibentang dalam sesi ini
Idris Ahmad

KUALA LUMPUR - Pas berharap agar RUU355 dapat dibentangkan dalam sesi Parlimen kali ini dalam usaha untuk memperkasakan mahkamah syariah.

Ahli Parlimen Bukit Gantang, Idris Ahmad berkata, pihaknya berharap agar kerajaan mempunyai inisiatif untuk membenarkan RUU355 dibentangkan pada kali ini sejajar dengan titah Diraja Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V.

"Dalam titahnya, baginda berkenan untuk memperkasakan mahkamah syariah yang saya rasakan merupakan satu perkara pernah dititahkan oleh Yang di-Pertuan Agong ke-14, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah sebelum ini.

"Saya harap agar perkara ini dapat difahami oleh ahli Parlimen Islam dan bukan Islam kerana ini merupakan hal-hal membabitkan orang Islam semata-mata," katanya kepada pemberita.

Mengulas lanjut mengenai titah baginda, Idris memaklumkan bahawa ia menyentuh segala hal berkaitan ekonomi dan turut menekankan tentang aspek bagi meningkatkan kualiti taraf hidup rakyat negara ini.

Beliau berkata, baginda amat memberi perhatian terhadap golongan B40 yang agak tertekan dengan suasana ekonomi negara pada masa kini.

"Dan kita harapkan supaya kerajaan dapat mengambil berat bagi mengatasi perkara ini supaya golongan terlibat dapat berdepan dengan situasi semasa yang berlaku," katanya.

Dalam pada itu, Idris yang juga merupakan Naib Presiden Pas memaklumkan bahawa isu rasuah juga turut mendapat perhatian daripada baginda yang memandang berat mengenai permasalahan ini.

Tambah Idris, selain kakitangan awam, isu rasuah juga perlu diberi penekanan kepada pemimpin-pemimpin negara pada masa kini.

"Kita pun rasa bimbang kerana apa yang berlaku ini kadang-kadang menyebabkan kakitangan awam yang menjadi mangsa selepas dijadikan kambing hitam oleh pihak terbabit," katanya.

Dalam Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke 13 kali ini, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilihat tidak hadir sama berikutan mengalami masalah kesihatan.

Namun begitu, Abdul Hadi difahamkan akan menghadiri sesi persidangan pada esok.
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "BENTANG RUU PADA SIDANG INI"

Posting Komentar