Loading...

BERHATI-HATI DENGAN WAHABI

Loading...
Pentas Sinar Harian untuk debat Rozaimi, Khairuddin
Dr Rozaimi Ramle, Datuk Dr Khairuddin

SHAH ALAM – Akhbar Sinar Harian sedia menawarkan tempat untuk perdebatan mengenai pindaan Akta 355, antara Dr Rozaimi Ramle dengan Datuk Dr Khairuddin Aman Razali.

“Kami mengalu-alukan percambahan minda, dan pentas kami sentiasa terbuka untuk wacana ilmu seperti ini,” kata Penasihat Eksekutif Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Abd Jalil Ali.

Beliau mengulas surat dari sebuah NGO Islam, Pertubuhan Kebajikan Al-Qayyim (IQ) Malaysia untuk pensyarah fekah & usul fiqh dan Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas itu bersemuka dalam debat terbuka.

Surat tersebut dari setiausaha IQ, Abd Hafiz Salleh Hudin, dihantar dengan tangan kepada Dr Khairuddin yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus.

“Oleh yang demikian IQ mengharapkan pihak YB dapat memberikan komitmen untuk program dialog ini dijayakan,” kata kandungan surat tersebut yang salinannya diperolehi Sinar, semalam. Rozaimi adalah presiden IQ.

Dalam satu reaksi positif Jalil memberitahu pihaknya menyerahkan kepada dua tokoh berkenaan untuk menetapkan tarikh dan masa perdebatan.

“Sila berhubung dengan kami dalam masa terdekat, dan auditorium kami sentiasa bersedia untuk mereka bertukar pandangan secara sihat dan terbuka.

“Bagi kami Akta 355 yang hendak dibicarakan ini adalah isu kepentingan umum dan Sinar telah beberapa kali menganjurkan debat dan wacana mengenai isu ini antara ramai pakar dan tokoh di bidang berkenaan, termasuk yang bukan Islam.

“Selain terbuka kepada umum, auditorium kami boleh muat 500 orang, kami akan menyiarkan debat ini dalam Sinar Harian, Sinar online dan Sinar TV,” kata Jalil.

Sebelum ini Khairuddin dalam rakaman video di Internet menyatakan kesediaan bersemuka dengan pihak yang berkata pindaan Akta 355 tidak wajib.

Dalam rakaman 4.30 minit yang dipetik dari satu ceramahnya, Khairuddin turut berkata, jika ada mana-mana mufti yang berkata pindaan akta itu tidak wajib, “kepalanya patut disekeh.”
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "BERHATI-HATI DENGAN WAHABI"

Posting Komentar