MALAYSIA DATELINE
Mohd Sany Hamzan
Pemuda Amanah Nasional yakin keputusan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menyertai Pakatan Harapan merupakan berita duka kepada Barisan Nasional (BN) yang berusaha memecahkan kesatuan pembangkang.
Ketuanya Mohd Sany Hamzan berkata, penyertaan Bersatu ke dalam Pakatan Harapan semestinya diterima baik oleh masyarakat yang sangat berharap parti-parti pembangkang dapat mewujudkan kerjasama yang kukuh.
"Kini sudah tiba masanya untuk Amanah, PKR, DAP dan Bersatu bergerak seiring dengan lebih meyakinkan dalam membawa harapan rakyat untuk melihat satu perubahan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) nanti.
"Ayuh bergerak secara sistematik dan bersama dengan satu tujuan iaitu menumbangkan kepimpinan kleptokrat dan Barisan Nasional," katanya dalam kenyataan hari ini.
Semalam, Bersatu menerusi Pengerusinya Tun Dr Mahathir Mohamad secara rasmi mengumumkan penyertaannya menjadi sebahagian daripada Pakatan Harapan.
Bersatu dan Pakatan Harapan akan menggunakan satu logo, satu calon dan satu manifesto dalam gabungan kerjasama mega parti pembangkang di negara ini dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
Mengulas lanjut, Sany berkata pihaknya meyambut baik keputusan tersebut memandangkan sejak awal lagi pimpinan Pakatan Harapan telah mengajak dan mengalu-alukan parti baharu itu untuk bersama dalam gabungan pembangkang bagi menghadapi BN.
"Pendirian terbaru Bersatu ini adalah satu perkembangan yang sangat positif ke arah mengukuhkan kesatuan, kebersamaan dan kekuatan jentera keempat-empat parti.
"Ini akan memudahkan lagi perancangan gerak kerja bersama di semua peringkat sama ada di nasional mahupun di peringkat bawahan," katanya lagi.
Related Posts :
Zaid fail saman, mahu Najib pulangkan AS731 juta dan RM42 juta
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim hari ini memfailkan tindakan wakil bagi pihak rakyat Malaysia ke atas Perdana… Read More...
Polis digesa tangkap Nawawi selepas mendakwa ‘MO1’ merujuk Agong
Seorang peguam kanan hari ini menggesa polis menangkap Datuk Nawawi Ahmad selepas ahli Parlimen Langkawi itu mengaitkan Yang di-Pertuan Ago… Read More...
Kenyataan Media: Husam, Matthias fail saman untuk Dapatkan Semula Wang 1MDB
KENYATAAN MEDIA : BERHUBUNG DENGAN PEMFAILAN TUNTUTAN (CLASS ACTION) OLEH DATO HUSAM MUSA DAN MATTHIAS CHANG DI AMERIKA SYARIKAT
1. Pada … Read More...
Pembantu rumah bukan Islam disekat?
Ong Boon Teck
Gambar hiasan
JABATAN Imigresen dilaporkan mengeluarkan arahan terbaru dengan melarang majikan Islam… Read More...
Pas tak benar parti selain PKR bertanding 16 Ogos 2016 Mohd Amar Nik Abdullah KOTA BHARU - Pas tidak membenarkan parti selain Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk bertanding di Kelantan pada pilihan raya umum (PRU) akan datang, kata Naib Presidennya Datuk Mohd Amar Nik Abdullah. Mohd Amar berkata, jika benar parti pembangkang ingin mengambil semangat satu lawan satu menentang Barisan Nasional (BN) pada PRU akan datang, mereka perlulah memberi laluan kepada Pas dan PKR untuk menentang BN di negeri itu. "Kalau kita nak ambil semangat satu lawan satu dengan BN ini, maknanya parti selain Pas dan PKR, tak boleh bertanding di Kelantan (pada PRU akan datang). (Jadi) jangan kacaulah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penutup Hari Sayyidatina Khadijah di sini, hari ini. Beliau mengulas mengenai kemungkinan Parti Amanah Negara (Amanah), parti serpihan Pas, bertanding di Kelantan pada PRU akan datang. Ditanya mengenai ancaman Amanah di Kelantan, beliau berkata penubuhan parti itu setakat ini masih belum memberi kesan kepada Pas terutama di Kelantan. "Kami setakat ini boleh tidur lena lagi," katanya. – BernamaSINAR HARIAN
KOTA BHARU - Pas tidak membenarkan parti selain Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk bertanding di Kelantan pada pi… Read More...
0 Response to "Bersatu sertai PH berita duka kepada BN, kata Pemuda Amanah"
Posting Komentar