Loading...

BUATLAH DEBAT ATAS NAMA UMNO VS BERSATU

Loading...
Debat lebih kepada pendirian Nazri
Annuar Musa
Annuar Musa. Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDIN ABDUL RAHIM

KUALA LUMPUR - Debat antara bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Menteri Pelancongan, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz tidak relevan kerana tidak membawa penyelesaian.

Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa berkata, perkara itu tidak dibincangkan di peringkat parti mahupun penerangan.

"Debat ini lebih kepada pendirian peribadi Nazri, bagaimanapun ia bergantung kepada isu yang ingin dibahaskan," katanya ketika ditemui di Parlimen, hari ini. 

Menurutnya, ada sesetengah isu tidak relevan dengan Mahathir dan jika dilayan, perkara itu akan menjadi  satu polemik berpanjangan. 

Isu debat tercetus susulan perang mulut di media sosial antara kedua-dua pemimpin tersebut. 

"Saya tak tahu isu apa yang ingin didebatkan, jika soal 1MDB, ia telah mengikuti saluran dan undang-undang, lagipun, kalau setiap hari semua orang buat debat apa hasilnya?" katanya. 

Beliau berkata, debat tidak membawa pengakhiran siapa menang atau kalah, cuma ia akan disenangi oleh penyokong masing-masing. 

Dalam pada itu, Sinar Harian selaku pelopor wacana ilmiah sedia menjadi penganjur kepada program ini.
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "BUATLAH DEBAT ATAS NAMA UMNO VS BERSATU"

Posting Komentar