Loading...

CARA KU LI BERI PERANSANG PADA MAHADHIR, LEMAHKAN UMNO

Loading...

Peluang Tun M lebih baik berbanding Nazri
Tengku Razaleigh Hamzah, menyempurnakan gimik perasmian program pendidikan di SK Jerek, di sini, ten
Tengku Razaleigh Hamzah, menyempurnakan gimik perasmian program pendidikan di SK Jerek, di sini, tengahari tadi. 
 
GUA MUSANG - Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menyifatkan debat antara Datuk Seri Nazri Aziz dan Tun Dr Mahathir Mohamad akan lebih memihak kepada Pengerusi Bersatu itu.

Kata beliau, acara debat itu akan memberi peluang yang baik kepada Tun Mahathir memandangkan kedudukannya dari pihak pembangkang.

"Debat seumpama ini merupakan sesi bertukar pendapat yang biasa di mana ia beri peluang kepada kedua-dua pemimpin mengemukakan pandangan secara berasingan.

"Namun, jika debat itu antara Tun Mahathir dengan Nazri, peluang akan lebih memihak kepada Mahathir. Beliau (Mahathir) boleh mengemukakan pelbagai masalah berkaitan kerajaan.

"Dalam masa yang sama, beliau tidak akan akan terjejas kerana dia pembangkang dan tiada tanggungjawab khusus kepada rakyat seperti pemimpin kerajaan," katanya lagi.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Letak Kerja Program Transformasi Pendidikan Sekolah Kebangsaan (SK) Jerek Ke Arah Band 1 2020, di sini.

Turut hadir, Adun Galas, Ab Aziz Yusoff, Adun Nenggiri, Datuk Mat Yusoff Abdul Ghani, Ketua Penerangan Umno Bahagian, Mohd Syahbuddin Hashim, Setiausaha Umno Bahagian, Tuan Mustapha Tuan Soh dan Timbalan Pengarah Pendidikan Kelantan, Muhammad Zahari Othman. 
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "CARA KU LI BERI PERANSANG PADA MAHADHIR, LEMAHKAN UMNO"

Posting Komentar