Loading...

Cemburu isteri makan dengan bekas guru sekolah, wanita dipukul suami

Loading...
Wanita yang dipukul, dibogel dan diugut suami
pada 8 Februari lalu merujuk kes ke mahkamah syariah.
― Paparan skrin Google
KUALA TERENGGANU, 1 Mac ― Cemburu kerana isterinya makan dengan bekas guru sekolah, seorang wanita dipukul, diugut dan dibogelkan dalam dua kejadian berasingan.

Kejadian bermula di sebuah kedai makan apabila suspek, 29, menyerang mangsa, 28, di sebuah kedai makan di Batu Burok jam 3.30 petang pada 8 Februari lalu.

“Ketika di dalam kereta, mangsa mendakwa suspek menamparnya beberapa kali, menarik rambut dan memukul belakangnya selain dipaksa bogel ketika berada di rumah di Marang,” kata sumber seperti dilapor Harian Metro.

“Suspek turut mengambil gambar dan video mangsa sebelum mengugut akan menyebarkannya selain turut mengambil dokumen penting milik mangsa termasuk kad pengenalan, lesen memandu, kad bank dan barang kemas sebelum meninggalkan mangsa.”

Mangsa yang bengkak di pipi, lebam di tangan, sakit dan lebam di belakang anggota badan kemudiannya membuat laporan polis dan merujuk kes ke mahkamah syariah di sini.

Namun, suspek dilaporkan terus mengganggu mangsa di tempat kerja pada 16 Februari lalu dengan alasan mahu berbincang.

Sumber: Themalaymailonline
jobs from my.neuvoo.com

Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Cemburu isteri makan dengan bekas guru sekolah, wanita dipukul suami"

Posting Komentar