Loading...

Debat - Nazri vs Ego Nazri...

Loading...

Pada 10 Mac, saya siarkan rencana bertajuk “Welcome to Padang Rengas” di mana saya ceritakan berkenaan lawatan saya ke pekan kecil yang jadi tempat persemayaman politik (Datuk Seri) Mohamed Nazri Abdul Aziz, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan.

Masa itu belum timbul cerita bahas di antara Tun Dr Mahathir Mohamad dan Nazri. Bahas itu dianjurkan oleh akhbar berkecuali Sinar Harian bertempat di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar.

Kalau tak silap, asal-usul bahas itu bermula apabila Nazri cabar Dr Mahathir tanding lawan beliau dalam pilihan raya umum akan datang di Padang Rengas. 

Dr Mahathir balas dengan ajak Nazri bertanding di Langkawi. Nampaknya Nazri begitu yakin dia akan dipilih semula untuk pertahan kerusi Parlimen Padang Rengas sehingga berani ajak Dr Mahathir berlawan dengannya di situ.

Dia mula tanding pilihan raya di Chenderoh dalam PRU 1995 – zaman Dr Mahathir. Lepas menang PRU 1999 Dr Mahathir lantik dia jadi Menteri Pembangunan Usahawan. Jadi dia ni “budak” Dr Mahathir lah. Orang kata, Nazri boleh buat sesuka hati. Dia lebih bebas daripada kebanyakan menteri.

Banyak orang bagi tahu saya, Perdana Menteri merangkap Presiden Umno dan Pengerusi BN, Mohd Najib Abdul Razak, “takut” kepada Nazri. Nazri pula tak berapa hormat kepada Najib.

Kalau kita ingat lagi, pernah timbul cakap-cakap yang hangat mengatakan selepas PRU 2013 Najib mungkin gugurkan Nazri daripada Kabinet kononnya “untuk lembutkan hati Dr Mahathir dan ucap terima kasih kerana bantu dalam PRU.”

Nazri Benci Tun

Ramai orang tahu Nazri benci dan kurang ajar terhadap Dr Mahathir. Tapi tak berapa ramai tahu sebabnya.

Ada orang kata, ini adalah kerana siasatan Badan Pencegah Rasuah (sekarang Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia) ke atas Nazri bersangkutan lesen teksi masa dia jadi Menteri Pembangunan Usahawan.

(Beberapa orang menteri disiasat dan tiga dikatakan ada kes dan fail-failnya “diserahkan” kepada (Tun) Abdullah Ahmad Badawi apabila dia ganti Dr Mahathir pada akhir tahun 2003. Hanya seorang didakwa iaitu (Tan Sri) Kasitah Gadam dan akhirnya dibuang kes).

Bukan saja tidak dikenakan apa-apa tindakan sebaliknya Abdullah bawa dia ke Jabatan Perdana Menteri dan bagi dia jaga hal ehwal Parlimen dan undang-undang. Dia jadi lebih berpengaruh.

Dia terus jaga hal ehwal undang-undang sehinggalah Najib tukar dia ke Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan lepas PRU 2013.

Ada pengulas media kata dia diturunkan pangkat kerana jaga Parlimen dan undang-undang lebih penting daripada jaga pelancongan dan kebudayaan.

Yang lain pula kata, tak sesuai dia jaga kebudayaan pasal dia “Anglophile” – orang yang agungkan budaya Inggeris. Maklumlah dia anak bekas Pesuruhjaya Tinggi ke United Kingdom dan dia pun belajar di sana.


Orang yang kenal lama dengan Najib dan Nazri sejak zaman Pemuda Umno kata, Najib “tak akan berani” singkir atau bagi arahan kepada Nazri sebab mereka “tahu rahsia satu sama lain” atau, macam kata seorang bekas menteri kanan era Allahyarham Tun Husssein dan Dr Mahathir mereka adalah “kawan seperdosaan”. Wallahuaklam.

Boleh jadi sebab itulah agaknya bila timbul khabar-khabar kata Najib akan gugurkan Nazri untuk ambil hati Dr Mahathir, budak-budak Nazri dipetik sebagai berkata “sebelum Najib jatuhkan chief, chief akan jatuhkan Najib.”

[“Chief” (tuan ketua) adalah gelaran yang budak-budak Nazri bagi kepadanya. Anak dia, Nedim Sujak Nazri Aziz, dibagi gelaran “Junior Chief” (tuan kecil).]

Adakah Najib Restui Bahas?

Nazri tak perlu restu Najib untuk berbahas dengan Dr Mahathir.

Kalau Najib ada pengaruh ke atas Nazri, dia sama ada tegah perbahasan itu atau dia akan bagi sokongan terbuka kepada Nazri.

Pendapat peribadi saya ialah Nazri bukan wakil Najib atau kerajaan dan parti. Nazri adalah wakil dirinya sendiri. Lebih tetap dia adalah wakil egonya yang cukup besar.

Dalam kapasiti itu, Nazri boleh jadi pembela Najib kalau dia mahu kerana Dr Mahathir pasti akan bangkitkan banyak hal berkenaan kepimpinan Najib.

Atau Nazri yang bermulut celupar – orang putih kata loose cannon – boleh juga bertukar jadi sokong bawa rebah kepada Najib.

Mustahil dia akan mati-matian pertahan Najib pasal dia tahu Najib adalah beban kepada Umno dan kerajaan. Dia kena fikir pandangan rakyat jelata sebab silap-silap Najib kekal di Pekan tapi dia kecundang di Padang Rengas.

Kalau dia nak jadi hero dan pertahan kerajaan pun tak ada gunanya sebab dia sendiri tahu banyak dasar dan rancangan kerajaan di bawah Najib menyusahkan rakyat jelata.

Jadi apa yang Nazri nak buat?

Saya rasa secara diam-diam dia berharap bahas itu dibatalkan. Tapi kalau diteruskan juga, dia akan pertahankan ego dia sahaja.

Jadi kita janganlah berharap banyak sangat daripada bahas itu sebab Nazri memang tak mampu jawab apa yang akan Dr Mahathir bangkitkan kecuali secara loyar buruk. Dia tidak ada locus standi (kedudukan) dan tak cukup daulat untuk berbahas dengan Dr Mahathir.

Yang ada kedudukan adalah Najib tapi Najib tak berani berdepan dengan Dr Mahathir. Tengok sajalah tindak-tanduk beliau dan konco-konco beliau dalam Parlimen bila isu macam 1MDB, SRC International dan FGV dibangkitkan - sekat pembangkang tanya soalan atau letakkan semua perkara di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Kalau bahas Parlimen pun Najib mengelak dan lari daripada forum Nothing2Hide, masakan dia berani berbahas terbuka dengan Dr Mahathir.

Akhir kalam, janganlah kita seronok sangat dengan bahas itu dan berjaga-jagalah bila menghadirinya.

Kita berdoa serta berharap untuk yang terbaik dan bersedia untuk yang tak kita jangka. - a.kadir jasin

Story kat SINI dan SINI   

24/06/2005: - Isa Samad didapati bersalah terlibat dalam rasuah (politik wang). DAN digantung jawatan & keahliannya selama 6 tahun.

1/1/2011: - Setelah tamat 6 tahun digantung, Isa Samad terus dilantik atas nasihat Najib jadi Pengerusi FELDA & Pengerusi FGV.

6/1/2017: - Isa Samad tamat Pengerusi FELDA, TETAPI Najib masih kekalkan Isa Samad Pengerusi FGV ??!

DAH DISABIT RASUAH BOLEH DILANTIK JADI PENGERUSI FELDA & FGV ??!!

Masih ingat skandal di 'PORT DICKSON'... Siapa MB Negeri Sembilan ketika itu...Inilah Negaraku.. Malaysia Boleh !!! - f/bk

Is Najib a suspect in 1MDB probes?...

A query on whether Prime Minister Najib Abdul Razak was a suspect in the probes related to 1MDB led to an heated argument between a minister and lawmaker.

It started when Gobind Singh Deo (DAP-Puchong) posed the question to Finance Minister II Johari Abdul Ghani.

At first, Johari said he did not have an answer to that question, but when pressed, told Gobind to meet him outside.

This angered the DAP legal bureau chief, who said that he wanted an answer in the House.

“You want to tell me the answer outside the House, that means you have an answer,” Gobind said.

Johari won’t budge

Johari’s response to this was that he could not change statements made by the likes of the Malaysian Anti-Corruption Commission, police, and the Attorney-General’s Chambers regarding the probes.

He stuck to this answer when Gobind bombarded him repeatedly with the same question on whether Najib was a suspect.

“Investigating is the job of investigating agencies. This is a stupid question,” Johari replied, prompting Gobind to call Johari a “stupid minister”.

The exchange went on for several minutes, with Housing, Local Government and Urban Wellbeing Minister Noh Omar joining the fray to call Gobind “stupid” as well.

Deputy Speaker Ronald Kiandee intervened twice to remind those in the Dewan Rakyat not to use such language.

‘Let authorities finish probe’

The quarrel ended when Jimmy Wong (DAP-Kota Kinabalu) interjected to ask about a different matter.

Gobind did not specify which investigation he was referring to.

However, he made reference to Johari’s open letter published in Malaysiakini today, in which the latter expressed awe over the intense scrutiny 1MDB was under from both Malaysian and foreign agencies.

Johari also called for these agencies to be left alone to complete their investigations without fear or favour.

The MACC’s probe on 1MDB concluded last year, with attorney-general Mohamad Apandi Ali saying there was no need for further action.

The MACC probed SRC International as well as the RM2.6 billion donation made to Najib in 2013.

The MO1 factor

Apandi said there was no wrongdoing by the prime minister in either case.
Meanwhile, the police are still probing the matter, taking into account the Public Accounts Committee report on 1MDB.

Outside of Malaysia, the US Department of Justice has filed civil forfeiture suits involving 1MDB, which alleged that more than US$3.5 billion of the state investment firm’s monies had been misappropriated.

This includes US$731 million deposited into the accounts of Malaysian Official 1 – an individual which has been identified as Najib.

MO1 however is not the subject of the DOJ civil suits.

Najib has also denied abusing public funds for personal gain, and blamed such allegations on those conspiring to oust him illegally. - mk

Parlimen sarkas,kerusi kosong banyak...

cheers.
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Debat - Nazri vs Ego Nazri..."

Posting Komentar