Loading...

DISEBABKAN RUU355 INI PAS DITUDUH OLEH MAHFUZ SEBAGAI GELOJOH

Loading...
RUU355: Tak timbul isu siapa bentang
Satiful Bahri Mamat
Satiful Bahri Mamat
 
KUALA TERENGGANU - Isu pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU355 oleh BN tidak seharusnya berbangkit, memandangkan mengikut pelan asal, ia sepatutnya dibentangkan oleh Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Pesuruhjaya Pas negeri, Satiful Bahri Mamat berkata, ia hanya timbul apabila Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyatakan pembentangan itu akan dibuat pihak kerajaan pada 17 Mac lalu.

“Apa yang disebut oleh TPM, yang BN nak membawa rang undang-undang tersebut bagi pihak kerajaan. Jadi, kita pimpinan Pas sudah maklumkan, nak tengok dulu apa rang undang-undang tersebut.


“Cuma keputusan (BN semalam) supaya serah kembali pada Ahli Parlimen Marang, memanglah sebab dari awal lagi, saya rasa isu ini tidak berbangkit pun. Pembentangan RUU355 ini akan tetap diteruskan sebagai rang undang-undang persendirian yang akan dibentangkan oleh Presiden PAS,” katanya ketika ditemui selepas Sidang Dun berhenti rehat di sini, hari ini.

Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, BN memutuskan untuk tidak membentangkan RUU355, setelah diputuskan dalam Mesyuarat Dewan Tertinggi BN yang berlangsung di Menara Dato' Onn, Kuala Lumpur, malam tadi.

Keputusan itu selaras dengan amalan BN yang akan membuat keputusan berdasarkan konsensus bersama parti komponen dan ia merupakan undang-undang persendirian yang akan dibawa oleh presiden Pas.

Ketika ditanya usaha BN sebelum ini yang ingin membentangkan RUU355 itu sebagai tanda sokongan PM, beliau bagaimanapun mempersoalkan kenapa ia tidak diteruskan.

“Kalau kita tengok di situ, BN macam takut pada MCA dan parti komponen lain. BN pun flip flop (berdolak dalik)... sekali nak angkat, sekali tak jadi.

“Kita harap, ahli parlimen Islam yang lain termasuk yang bukan Islam itu sendiri, menyokong pindaan ini kerana ia berkait dengan mahkamah syariah, tak berkait pun dengan orang bukan Islam.

 Jadi, sepatutnya mereka beri ruang dan sokongan supaya RUU355 ini dibentangkan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, Pindaan Rang Undang-undang (RUU) Pindaan Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 [Akta 164] yang sudah dibaca buat kali pertama untuk dikaji dan diteliti balik.
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "DISEBABKAN RUU355 INI PAS DITUDUH OLEH MAHFUZ SEBAGAI GELOJOH"

Posting Komentar